Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for May 2011

bayang diri

leave a comment »

…akhir kita pada Illahi jua.

Written by firaqness

May 16, 2011 at 4:40 pm

Posted in Uncategorized

Tagged with

cincai

leave a comment »

cincai.
budaya biasa orang kita. mungkin bukan semua orang, tetapi sudah kerap jumpa mereka yang sebegini.

pelajar misalnya, tugasan dihantar kertas pun tak di staple, binding jauh sekali. belum semak lagi content dalam. boleh pitam jika separuh norma kelas buat begitu.

di sambung cerita di babak alam pekerjaan. cincai bancai masa belajar dulu pun masih tak dibuang, biasanya perangai itu akan terbawa-bawa di alam kerja. paling membimbangkan jika kerja itu melibatkan untuk deal dengan client. mungkin sekali dua boleh diterima, tapi kalau selalu begitu sumpah orang akan carut terpalit sampai pencen. takpun orang dah hilang kepercayaan.

mungkin susah nak penuhi spesifikasi orang lain. tapi itu bukan alasan kukuh untuk buat kerja cincai. terdapat perbezaan ketara antara kerja tak penuhi spesifikasi dan cincai. jika kerja tak penuhi spesifikasi, ada kemungkinan ia kemas. tapi kerja cincai layak di-tong-sampah-kan saja. ciri-ciri kemas memang tiada dan jauh sekali.

Entahlah, tiada formula khusus untuk selesaikan kerja cincai bancai ni. cakap banyak pon tak guna kalau tiada inisiatif sendiri untuk berubah. tapi itu tiada mustahil.

perkara yang lebih merisaukan : golongan yang masih tak sedar, kerja mereka hasilkan adalah cincai, tapi bajet bagus.

lalu, bagaimana mahu berubah?

Written by firaqness

May 16, 2011 at 4:15 pm

Posted in Uncategorized

Tagged with

berbual tentang berbual

leave a comment »

ramai orang suka bercakap. Hatta mereka yang digelar pendiam juga sebenarnya bercakap. dalam hati misalnya. bercakap dikategorikan pada dua; menjatuh atau membina. orang yang bercakap dengan niat bukan untuk memburukkan atau menjatuhkan orang lain, adalah mereka yang cool.

Written by firaqness

May 6, 2011 at 8:28 am

Posted in Uncategorized

Tagged with

bunga; indah.

leave a comment »

cinta manusia pada Sang Maha kuasa,
membuahkan ketenangan,
cinta manusia pada Sang Maha kuasa,
membibitkan rasa sayang pada hati;
sesama makhluk,
manusia namanya.
nan mekar,
bak indah kuning flora,
bukan milik,
bukan kekal.
ia sementara,
amanah besar.
moga di sini titik mula penuh pedoman,
panduan cinta pada Sang Maha Kuasa.

Written by firaqness

May 5, 2011 at 12:57 am

Posted in Uncategorized

Tagged with , , ,