Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for February 2011

berbual tentang beberapa kes contoh

leave a comment »

Terlampau banyak  kita letak expectation terhadap orang sekeliling,  adalah sesuatu yang selfish. Contoh mudahnya begini;

Kes 1: Kawan Abu
kawan Abu, namanya Ahmad. Ahmad pandai memasak. Abu suka berkawan dengan Ahmad sebab Ahmad pandai masak. Abu dan Ahmad bujang. Abu ajak Ahmad sewa rumah. Kelengkapan dapur Abu beli dengan expectation Ahmad akan selalu masak, Abu akan tumpang kenyang makan sedap-sedap. Tapi malang, pandai masak dan rajin memasak adalah dua benda berbeza. Ahmad walau pandai masak, tapi malas memasak. Sekarang Abu benci Ahmad sebab setelah di sponsor perkakas dapur dan bahan mentah, Ahmad nampaknya tidak penuhi expectation Abu.

Kes 2: Sara
Sara seorang pelajar universiti. Sara sangat baik pada pensyarah Matematik nya. Sara jadi volunteer untuk segala arahan dan tugas yang diberi pensyarah Matematiknya. Untuk apa saja, Sara sanggup buat, dengan expectation di akhir semester sebelum final exam pensyarah matematiknya akan beri tips mahupun soalan bocor padanya. Boleh makan sorang. Malang, di akhir semester, pensyarah Matematik Sara bercuti untuk berkahwin, seminggu. Sara tak dapat tips dan soalan bocor. Meleset expectation Sara. Dia bengang; disumpah-keji, dicarut-marut pensyarah matematiknya hingga tak sudah.

Kes 3: Ani
Ani berkahwin dengan Kamil. Kamil anak orang berada. Expectation Ani, Kamil akan beri kemewahan padanya walau itu bukan maksud dia berkahwin dengan Kamil; kereta, rumah, percutian luar negara, misalnya. Setelah beberapa tahun, satu apa pun kamil tak beri pada Ani. Hingga satu tahap, Ani bosan dan menyesal. Sebab yang kaya parent Kamil, bukan Kamil. Kamil pembaca meter air sahaja. Expectation Ani melesat; Ani minta cerai.

*******
Ini pesan untuk diri sendiri ; hubungan manusia sama manusia ; sama ada berkawan, berkasih, berguru,  atau apa saja hubungan sesama manusia; tak perlu letak apa-apa expectation yang khusus dan melangit. Sebab bila expectation yang biasa kita harapkan itu tak tercapai, selalunya orang itu ditinggalkan.

Gila selfish nya kita.

Written by firaqness

February 24, 2011 at 10:38 pm

Posted in Uncategorized

cerita tepi padang

leave a comment »

“Masuk kali ni dah dua kali kita terkena” . kata si kapten.

“Terkena dua kali kat sini gua tak risau sangat. Cuma gua risau keadaan kita kat ‘sana’ nanti “. kata water boy.

“Sana mana? ” soal si kapten sambil garu kepala.

” Tu ‘sana’ bila nadi lu dah berhenti nanti, lu tau lah.” bisik si water boy (dalam hati).

😉

Written by firaqness

February 21, 2011 at 12:23 am

Posted in Uncategorized

budak kecik

leave a comment »

hai, Nur Liyana budak kecik;
apa khabar kamu?

Written by firaqness

February 13, 2011 at 7:17 pm

Posted in Uncategorized

mat saleh

leave a comment »

mat saleh yang aku lupa namanya ini dari kanada.
masa berbual-bual kosong dulu, dia kata sangat suka duduk di Malaysia. antara sebabnya; aktiviti marin.

selain itu mat saleh ini juga tahu banyak perkataan melayu; “BODOH” misalnya.

Written by firaqness

February 11, 2011 at 7:09 am

Posted in Uncategorized

orang dan jahatnya

leave a comment »

setiap orang ada jahatnya.
terpulang sama ada jahatnya itu
jelas atau terselindung.

kadang-kadang jahat yang terselindung itu
lebih menakutkan
dari yang terjelas.

jahat yang terjelas disebabkan; keterbiasaan dilakukan- lebih mudah untuk dielak,
daripada jahat yang terselindung bagaikan hentaman tsunami bila ternampak;

merobek-hancur dalam sekelip mata…

Written by firaqness

February 8, 2011 at 7:03 am

Posted in Uncategorized