Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for December 2010

hari akhir

leave a comment »

hari ini adalah hari terakhir 2010. catatan beberapa minit sebelum ke 1200 tgh malam 2011.

pengalaman terhebat 2010 adalah ketika ber- skuba diving dan ber-snorkelling di Mabul, Jun lalu. agaknya bila ada peluang, mahu saja kembali ke sana. laut-mania dah gua ini.

er, ok satu lagi pengalaman ketika mendaki gunung ledang. trek asahan melaka. memang mencabar. sebab lebih 200 orang mendaki ketika itu. kebanyakan student. mula mendaki dalam pukul 9.00 am dan yang tragisnya pendakian itu adalah ketika mahu turun balik. sebab, pukul 4.00 am hari berikutnya baru semua student berjaya turun ke kaki gunung. so, semua lebam-kusut-lembik. haha.

wassalam 2010.

Written by firaqness

December 31, 2010 at 11:42 pm

Posted in Uncategorized

cakcibo

leave a comment »

ada orang panggil binatang itu pepatung. ada orang pula panggil binatang itu cakcibo. walau apa panggilan pun, ia binatang yang sama.

umpama dalam kehidupan ini, lain orang, lain pendekatannya. cuma tujuan dan matlamat kita biasanya sama 🙂

Written by firaqness

December 22, 2010 at 8:08 pm

Posted in Uncategorized

Mantan

leave a comment »

terima kasih kerana sudi berkongsi;
tentang tugas,
tentang hidup,
tentang siasah di sini.

gua ucapkan;
selamat maju jaya di selatan sana 😉

terima kasih atas segalanya;
Mohamed Rizuan Bin Mohamed Noah,
mantan psis 2004-2010.

Written by firaqness

December 16, 2010 at 9:20 pm

Posted in Uncategorized

Mumia

leave a comment »

Apabila sebut sahaja mumia, biasanya kita akan terbayangkan pemerintah Mesir dahulu kala yang biasanya diawet-kering, disimpan-katup dalam sebuah piramid.

Jadi apa kata kalau seekor ikan pula diawet-kering?

Mumia juga lah.

Tapi, bila manusia hidup diawet-kering, disimpan-katup pemikiran dan tindakannya, lama-lama akan jadi macam ikan itu jugak.

Mumia. keras.membatu.

P/s:Hehe. Gambar diambil semasa di Mabul tempoh hari.

Written by firaqness

December 9, 2010 at 9:41 pm

Posted in Uncategorized