Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for October 2010

Si Mermaid

leave a comment »

Kita adalah sebuah kejadian. kejadian kita penuh dengan cerita dan angan-angan.

Si mermaid contohnya, mungkin selalu berangan-angan mahu bahagia. Definisi bahagia bagi si mermaid adalah bila dia dapat kasih sayang dari seseorang. seorang jejaka tampan, misalnya.

Tapi itu semua angan-angan. si mermaid sebenarnya belum pernah berjumpa dengan mana-mana jejaka. Sebab, dia belum pernah keluar dari kawasan yang ber-radius 2 nautika dari tempat tinggalnya. Ini semua demi mematuhi arahan dan momokan ibunya.

Angan-angan si mermaid itu pun sebenarnya adalah hasil cerita kawan-kawan si mermaid yang pernah sekali dua ke luar kawasan mereka.

Suatu hari si mermaid sudah besar. Dia nekad mahu keluar dari kawasan. Mana tahu untung nasib berjumpa sama si jejaka idaman.

Setelah melepasi radius 2 nautika dari kawasan, si mermaid terlihat si jejaka persis cerita rakannya. Hati si mermaid girang.

“Mungkin ini lah masanya aku temui bahagia” . Ujar si mermaid bermonolog. Si mermaid semakin rapat sama si jejaka idaman.

.
.
.
Setentang itu, si jerung bergigi tajam, bermuka bengis, menanggung lapar semakin tersenyum melihat liuk lentok seekor mermaid seperti tersipu semakin hampir dengannya.

“umpan sudah mengena”. ujar si jerung bengis dalam hati sambil tersenyum. Penuh makna.

Advertisements

Written by firaqness

October 27, 2010 at 10:43 pm

Posted in Uncategorized

Redah

leave a comment »

ketika mendaki gunung ledang, trek asahan, melaka. kredit gambar : Mus CIDM PSIS

 

hidup ini. kadang-kadang kita jadi hilang arah.

mahu berpatah rasa gusar.

ikut kan hati mahu lari tanpa toleh ke belakang.

kadang-kadang yang di hadapan juga samar-samar.

jadi mahu tak mahu, perlu redah. atau di sebalik; statik.

okay-lah, redah.

Written by firaqness

October 20, 2010 at 10:00 pm

Posted in Uncategorized

Laut

leave a comment »

Laut

desir angin dan ombak
menerjah kembali tubuh,
di telinga terasa dibisik,
di muka terasa dibelai.

desir angin dan ombak ini juga
buat aku terasa
tentang kita yang dulu
sama-sama ke sini
mencari sesuap rezeki.

desir angin dan ombak ini juga
mencorak aku hari ini,
kembali,
mencari kau,
laut.

——————————————-

cetusan rasa spontan,
bengkel tulis fynn jamal,
@gravy baby
ahad 20101017

Written by firaqness

October 18, 2010 at 10:34 pm

Posted in Uncategorized

Bunga

leave a comment »

Tuhan itu maha adil.

diberikan nikmat untuk kebanyakan orang seperti kita ini.

nikmat melihat, contohnya.

membuat seorang manusia itu boleh melihat dan berfikir tentang hebat dan indahnya ciptaan-Nya.

seperti indahnya bunga -bunga itu.

bukan asyik dipesong mata dek pandangan laknat sehingga seluruh makhluk pun turut sama menyumpah.

sudah-sudah-lah, Wahai seorang aku.

Written by firaqness

October 9, 2010 at 6:48 pm

Posted in Uncategorized

merapu

with 2 comments

i.
Rasa tidak dipedulikan itu memang sakit. tempik lolong minta disuap komentar-komentar itu pun bukan melega. mungkin ada yang ambil tahu untuk menambah sakit. dendam. dari sepuluh mungkin satu yang melega. mungkin. jika ada.

ii.
bangun lah. hidup perlu diteruskan. abaikan yang merunsing. susah mahu cari orang yang seperti kita spesifikasikan, idam-idamkan. sebab itu dari dulu lagi aku susah mahu percaya pada orang yang namanya manusia.
.
.
.
tenang dan berdoalah…

Written by firaqness

October 2, 2010 at 6:55 am

Posted in Uncategorized