Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for February 2010

Tersangat Binatang

with one comment

Salam semua.

Kebelakangan ini banyak berita yang menyayat hati aku terbaca. Terutamanya tentang kes buang bayi.

Benda ini aku kira bukan benda baru. Masalah ini aku kira sudah dari dulu lagi. Masyarakat jahilliah dulu-dulu bunuh anak perempuan saja. Itu pun sebab alasan yang kita pun sedia maklum.

Tapi di Malaysia ini sekarang aku langsung tak faham. Apa masalah korang sebenarnya? . Dulu masa aku mula belajar erti kehidupan sebenar, ada rakan ulas sebab masalah iman. Yep aku sangat setuju.

Hey, aku tak sure sama ada orang yang buang dan bunuh-bakar bayi itu dia rasa sangat kool sebab boleh selesaikan masalah dia. Tapi apa yang dapat aku katakan ia perbuatan hina, tarafnya jatuh dibawah dari binatang.

Oh, come on lah. Orang lain yang mahukan anak itu punya lah ramai. Jadi jika tak nak anak itu boleh saja bagi pada orang yang memerlukan.

Dalam masalah ini kita tak perlu lah tuding jari salahkan sesiapa. Bukan sebab ibubapa kurang didik, bukan cikgu yang tak habiskan silibus tentang bab pembiakan, bukan salah ustaz yang tidak terangkan dosa zina. Bukan salah da’ie yang tidak henti mengajak kepada tuhan yang satu.

Pokok pangkalnya kita sendiri. Diri kita. Biar siapa pun diri kita, jika kalah sama nafsu sendiri samalah kita dengan sifat kebinatangan itu.

Firman Allah S.W.T yang maksudnya:

“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasanya ialah (neraka) Jahannam, ia kekal di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan azab yang besar baginya.”
SURAH AN-NISA'(4:93)

Advertisements

Written by firaqness

February 16, 2010 at 6:14 pm

Posted in Uncategorized