Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for December 2009

Majlis Muhadharah

leave a comment »

Salam.
Salam tahun baru, salam maal hijrah. 1 Muharam 1431.

Pagi ini setelah diberi info oleh Faizudin, tentang ini:

Jom pakat ramai-ramai pegi, semoga mendapat manafaat.

Written by firaqness

December 18, 2009 at 12:00 pm

Posted in Uncategorized

“Realiti” dan “khabar angin” adalah dua pembolehubah yang saling tidak berkait.

with 3 comments

Salam.

Realiti itu kadang-kadang adalah sukar untuk dihadapi. Sebagai manusia normal menempuh realiti dalam kehidupan itu satu proses. Proses untuk matang. Mungkin. Orang tua-tua kata, perkataan “mungkin” merujuk kepada pendapat seseorang, bukan fakta. Jadi entry ini adalah pendapat aku saja, yang aku alami.

Khabar angin atau cerita mulut ke mulut pula menatijahkan persepsi buruk pada fikiran juga pandangan seseorang. Jadi, perkara realiti dan khabar angin adalah dua perkara yang jauh terpisah yang tiada signifikan antara satu sama lain. Ini juga pendapat aku-yang-baru-belajar.

Sebagai contoh, cerita kursus BTN yang makin famous bak gosip artis itu dikaitkan pula sebagai racist, pada pendapat aku adalah khabar angin.

Realitinya bagaimana?

Realitinya telah dapat diketahui bilamana 5 hari diawal disember lalu di Bumi Jati. Jujurnya, tiada racist, tiada perkauman. Cuma aku tidak pasti lah jika perbincangan tentang Perlembagaan Malaysia, Kontrak Sosial, Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera serta tidak ketinggalan orang bukan Bumiputra, Institusi Raja Berpelembagaan, Islam sebagai agama persekutuan juga demokrasi berpalimen itu yang dikatakan racist.

Bagi aku perbincangan tentang Perlembagaan Malaysia, Kontrak Sosial, Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera serta tidak ketinggalan orang bukan Bumiputra, Institusi Raja Berpelembagaan, Islam sebagai agama persekutuan juga demokrasi berpalimen yang sangat berfakta itu memberi impak yang bermakna sehingga aku terus mendaftar sebagai pengundi baru di hari penangguhan kursus tersebut. Tanpa dipaksa.

Jadi mungkin benarlah antara “khabar angin” dan “realiti” merupakan dua entiti atau variable yang sangat tidak signifikan antara satu sama lain.

Cuma di pasca kursus itu, aku mula rasakan betapa nikmat dan syukurnya Allah letakkan aku dibumi bertuah ini. Tanggungjawab yang diberi tuhan perlu digalas sebaik mungkin. Ayuh, bangkit! Kita tidak perlu terus tidur lagi…

BTN.
Bumi Jati.
03-07 dis 09.

p/s : kita punyai akal untuk berfikir dan memilih. Rasional kan segala tindakan kamu.

Written by firaqness

December 9, 2009 at 10:24 pm

Posted in KEHIDUPAN