Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for September 2009

Semoga bertemu lagi Ramadhan tahun depan.

with 2 comments

Salam idulfitri.

Sekarang ini aku terasa masa berlalu begitu pantas. Ramadhan yang sudah hampir ke penghujungnya dirasakan terlalu pantas. Suasana Ramadhan tahun ini berbeza dengan tahun lepas. Ye lah. Tahun lepas masih menjadi full time student. Banyaknya free time masa jadi student. Boleh buat apa saja. Best! Best!….

Masa berlalu. Manusia berubah. Bila dah abis study, (konvo xpg) dapat kerja. Belum pun sampai setahun. Suasana sangat berbeza, secara total. Kalau tahun lepas aku tidak lepas peluang untuk wish “Selamat Hari Raya” pada pensyarah, tahun ini giliran anak-anak murid aku pulak yang wish kat aku. Ada yang salam dan cium tangan bagai. Rasa memang macam best. Tapi bukan itu sebenar yang aku harapkan. Hehe.

Aku harapkan mungkin sedikit ilmu yang aku dapat kongsikan dengan students di institusi ini dapat mereka gunapakai untuk kehidupan mereka serta memberi manafaat untuk orang lain jugak. Aku percaya bukan 100% students dapat terima cara aku, tapi aku akan cuba yang terbaik untuk kongsikan ilmu yang masih sedikit dikendong ini untuk mereka.

Sehingga tiba lebaran ini, lama sudah aku rasa x jumpa Uwan, Pakngah, Makngah, auntie, Pakteh, Paktam, Pakcik dan Maksu. Tak lupa jugak untuk ziarah Mak Lang. Uff. Uwan misscall subuh tadi. Mau ingatkan bila mau sampai lah tu. Abah juga sudah sound direct pagi tadi tanya kenapa balik lambat. ishh. Tunggu Sabtu baru balek. Hehe.

Salam idulfitri. Semoga berjumpa lagi Ramadhan untuk tahun depan. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Haih.

firaqness.
Ramadhan,28 1430
PSIS @ Sabak Bernam
Advertisements

Written by firaqness

September 18, 2009 at 9:03 am

Posted in Uncategorized

Mimpi

leave a comment »

[Rekaan /Eksperimentasi]

Sudah berkali aku mimpi pasal dia. Di dunia nyata hanya 2 kali aku bertegur sama dia. Aku tidak sangat kenali dia. Dalam bukumuka mungkin. Tapi aku hanya membaca tulisan di dinding bukumukanya saja.

Petang ini aku tidur. Orang tua kata tidur diwaktu petang tidak bagus. Tidur pada petang ini membawa aku bertemu dia, dialam mimpi. Aku tanya dia. ” Buku ini kamu yang tulis?” Dia hanya anggukkan kepala.

“Jadi xxxxx ini penerbitnya?” tanya aku lagi. Dia kata “Berapa lama kau dah kerja?”.

………
………
Aku senyum. Senyum dengan persoalan yang masih banyak belum terungkai.

Tentang dia.

********************************************************************************************************

firaqness.
Nuzul AlQuran .
Satu Anugerah.

Written by firaqness

September 7, 2009 at 4:01 pm

Posted in Uncategorized

Tulis

leave a comment »

(Cerita Rekaan)

Tulis lagi.

Tapi kali ini kena waspada. Elektrik selalu terputus. Hampir 3 perenggan isinya hilang begitu sahaja tanpa menekan butang “save”. Hilang semangat. Idea juga.

Jadi, butang save di dokumen mesti ditekan. Walaupun makan sayur bayam dan kobis separa lahap setiap hari, itu tidak menjanjikan apa-apa jika masih lupa menekan butang save.

Memang selalu begitu. Kadang-kadang berjela sudah menulis, internet pulak tidak available. Natijah yang sama, semua data hilang.

Uff.Penat.

Sudah fed up, mula mencari alternatif. Maka diselongkar almari lama. Terjumpa mesin taip lama. Berusia. Dia masih ingat atuknya selalu guna mesin itu. Rindu dengan bunyi mesin taip itu. Semangat menulis kembali menyala. Cuma tidak terlalu terang,seperti mula-mula tadi.

Baru hendak menulis baru teringat, kertas putih A4 70gram belum di setting. Cari kertas dulu dan setting. Ok, siap.

Jari jemari mula menekan papan kekunci. Tapi kertas masih kosong. Berfikir. Kenapa?

Aiseh. Mesin taip ni takda karbon. patut la kosong je bila ditaip. Menepuk dahi. Semangat hilang lagi. Ditambah elektrik pula terputus. Ceh!

Hmmm. esok masih ada, fikirnya. Mungkin untuk mengulang aktiviti semacam tadi atau dia perlukan dimensi baru untuk bertenang. Dia juga tidak pasti.

Written by firaqness

September 3, 2009 at 11:11 pm

Posted in Uncategorized