Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for August 2009

Negara sudah merdeka, kita bila lagi?

with one comment

Hampir 10 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Bermakna sudah 10 tahun jugak aku sudah tinggalkan subjek sejarah. Lupa sudah cerita Sang Parameswara, Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Penaklukkan Portugis yang beratus tahun memamah hasil di tanah ini. Zaman penjajahan Jepun, British dan perjuangan menentang Malayan Union. Beratus sudah pejuang tanah air ini mati. Dahulunya dituduh pemberontak. Hari ini digelar Pahlawan. Perjuangan mereka bukan sekadar membebaskan tanah air. Lebih dari itu adalah untuk agama dan bangsa. Kemerdekaan ini tidak ternilai harganya.

Pra Merdeka

Aspirasi kemerdekaan dulunya sebelum 1948 lagi telah dilaungkan Burhanuddin Al Helmy. Anak melayu ini bertubuh kecil. Tetapi berjiwa merdeka. Kata-kata azimat dari Burhanuddin Al Helmy :

“……..Diatas robohan Kota Melaka kita dirikan jiwa Merdeka……..”

Kata-kata itu yang menjadi pembakar semangat mereka-mereka yang seangkatan dengan beliau pada masa itu. Mereka tidak tunduk kepada penjajah. Mereka di pulau. Tidak ramai yang berani bersuara kecuali nama ini. Kini jasad mereka telah tiada namun semangat mereka membakar jiwa. Aku juga mungkin tidak mempunyai semangat seperti mereka.

Pasca Kemerdekaan

Hari Merdeka disambut setiap tahun dengan pelbagai acara. Adakah dengan hanya memasang bendera disana sini menunjukkan semangat cintakan negara? Adakah dengan berarak di Dataran Merdeka juga menjadi indicator kepada semngat cintakan tanah air?

52 tahun kita claim negara kita merdeka, tanpa sedar ramai lupa untuk menghargainya. Apalah erti kemerdekaan jika ramai lagi remaja kita terlibat dengan cannabis, syabu, ketamin, ats etc etc. Apalah juga erti kemerdekaan jika bertambah ramai remaja Melayu lelaki dan perempuan jamu arak macam minum air suam? Apalah erti kemerdekaan jika sosial kita makin buruk?

Jadi aku dan semua kamu perlu sedar tentang nikmat kemerdekaan yang Allah bagi ini bukan untuk di suka ria tanpa syukur. Semua kena saling ingat mengingati setiap masa, setiap keadaan. Kita punyai agama, kita punyai maruah, kita punyai tanggungjawab besar untuk dilaksanakan, di bumi bertuah ini medannya. Di ‘sana’ esok kita tuai hasilnya.

Written by firaqness

August 31, 2009 at 2:44 pm

Posted in Uncategorized

2,3 hari hibernate

with one comment

Salam.

Kadang-kadang bila  jatuh sakit, demam contohnya, memberikan diri seseorang itu peluang untuk berfikir. Maksud aku dengan lebih tepat lagi adalah muhasabah diri. Jadi masa demam itulah ramai yang dapat imbas kembali perkara yang telah dilakukan. Tak kiralah elok mana atau huduh mana perbuatan yang telah dilakukan, masa jatuh sakit inilah sebenarnya jadi medan untuk menilai balik setiap perbuatan.

Mungkin bagi sesetengah orang sakit itu merupakan beban atau sesuatu yang  menghalang dari melakukan aktiviti yang biasa dibuat. Ada rakan bagitau aku ada dua perkara yang biasanya kita tak sedar tuhan nak hapuskan dosa kecil kita iaitu hilang barang dan demam. Ermm, letak tepi jap kesahihannya. Disudut positifnya pendapat ini memang ada logiknya. Bila sesuatu itu hilang baru aku perasan peri pentingnya ia. Bila ada depan mata, pandang pun tak mahu?. Haha.  Tentang demam itu logiknya bila sakit maka baru ingat kat tuhan. Baru sedar nikmatnya sehat.

Jadi, sakit atau demam itu sebenarnya satu nikmat. Ye, nikmat untuk kita nilaikan perbuatan lalu, perbetulkan selagi ada masa. Sehat juga nikmat untuk melakukan perkara yang baik. Di tempat aku kerja ini hampir seminggu sudah ditutup. Juga kerana tentang sakit dan demam. Esok akan mula balik sesi PnP. Harap semua akan okeh walau terpaksa pakai mask yang agak lemas bila dipakai.

Pada rakan yang dah terkena virus demam aku, aku mintak ampun bro. Tak sengaja mau transferkan virus. Cuma virus itu agak nakal kerana suka bagi orang rasa tak best 2,3 hari.. Mari berhibernate. Demam apa lagi, banyak tidor la. Haha.

Written by firaqness

August 12, 2009 at 8:44 pm

Posted in Uncategorized

Broadband over Power Lines

with 3 comments

Assalamualaikum.

Internet bagi aku sudah semacam menjadi satu keperluan baru dalam hidup. Seperti yang pernah aku ceritakan di entry terdahulu walau ceruk mana pun, dengan internet, semua informasi dunia, cabangan ilmu dapat diteroka tanpa masalah. Cuma maklumat yang ada atau konten informasi dari internet memerlukan kebijaksanaan  pengguna untuk menyaringnya. Saringan informasi ini perlu kerana bukan semua informasi yang diperolehi dari internet adalah tepat. Jadi sebagai pengguna bijak, anda jangan jadi orang bodoh.  Orang bodoh yang aku maksudkan adalah seorang yang tidak mampu untuk membuat keputusan dan sentiasa bergantung dan berharap kepada orang lain yang akhirnya merugikan diri sendiri. itu bodoh bagi aku. Hah, kan dah menyimpang sedikit dari tajuk asal.

Ok, talian internet biasanya berkongsi talian dengan talian telefon. Ketepi dulu bab ‘broadband‘ atau ‘wireless’. Ini aku bincangkan secara asas dahulu. Jadi secara automatiknya talian internet itu tidak menggunakan talian yang sama dengan talian elektrik tiga fasa, 230V,50Hz dirumah anda. Talian telefon dan internet menggunakan talian data komunikasi sendiri. Kalau di Malaysia ini, TM.

Setujukan?.

Baik.

……..

……..

Pernahkan terbayang dibenak fikiran, suatu hari nanti semua kita boleh mengakses internet dengan hanya menggunakan talian elektrik tiga fasa 230V,50Hz dirumah? . Maksudnya di plug tiga pin sudah tersedianya satu ‘port’ untuk internet. Arghh.. sukar benar aku mahu terjemahkan dalam bentuk tulisan. Tengok gambar di bawah ini:

broadbadn power lineNampak jelaskan?

Jadi, teknologi ini secara teknikalnya dinamakan sebagai “Broadband over Power Lines” (BPL). Di United State, teknologi ini nampaknya hampir menjadi kenyataan. BPL menggunakan frekuensi radio untuk ‘impose’ isyarat data yang berkelajuan tinggi sehingga ke paras 60Hz di talian elektrik. Maknanya, data dalam bentuk logik 1/0 akan ditukarkan dalam bentuk voltage transients sebagai alternatif untuk penghantaran data.

Mungkin dengan teknologi seperti ini, kita mampu untuk mengatasi masalah “server down” atau masalah sekejap disconnect sekejap tidak. Seperti yang kita tahu , talian elektrik pun sebernarnya tidaklah stabil 100%. Maksudnya confirm ada ripple. Untuk menstabilkan voltan sebanyak 230v setiap masa, sehingga kini kajian keatasnya masih lagi dijalankan. Jangan ingat talian elektrik dirumah anda adalah stabil 230 v setiap masa. Voltage stability masih lagi menjadi isu dan giat dikaji oleh mereka-mereka yang ahlinya.

Itu perkembangan teknologi yang berlaku di US. Di  sebahagian negara Eropah aku dapat maklumat telah pun dilaksanakan. dah lama pun. Jadi realiti di Malaysia ini, teknologi seperti ini mungkin hanya menjadi kenyataan 20 tahun akan datang. 20 tahun itu aku yang pandai-pandai bagi tanpa sebarang rujukan. haha.

Walau apa pun, dengan kajian yang giat dijalankan di Malaysia tidak mustahil kita mampu menghasilkannya dalam masa yang terdekat. Institusi pendidikan yang menjadi tempat yang paling sesuai untuk menjalankan kajian-kajian ilmiah ini. Para pensyarah perlu fikirkan ini dan libatkan pelajar supaya perkembangan teknologi akan menjadi nyata. Jangan hanya datang kerja pastu lebih banyak borak pasal fesyen, gossip orang tu orang ni, dan entah apa-apa lagi. Lagi best ramainya yang perasan pandai tapi sebenarnya sangat dem shit dan tidak mahu pada perubahan. Haha.

Mungkin maklumat yang aku sampaikan pasal Broadband over Powerlines ada khilaf. Jadi aku sarankan agar rujuk link ini: ieee spectrum.

Wassalam.

SabtuDay. di Sabak Bernam. Sangat ganjil.

Tapi damai.

Written by firaqness

August 1, 2009 at 7:23 pm

Posted in TEKNOLOGI