Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Berbual tentang tumbuhan

leave a comment »

Salam.

Apa akan jadi jika tumbuh-tumbuhan @ pokok boleh bercakap, berkata-kata, berkomunikasi dengan kita?

Itu soalan yang mungkin agak sukar untuk dijawab mungkin 10, 20 atau 30 tahun lepas. Ya, ramai orang tidak dapat bayang macamana mungkin tumbuh-tumbuhan berkomunikasi  secara langsung dengan manusia. Maka, ramai lah orang(esp Melayu) yang terus jump to conclusion mudah: bela Jin ke hapa?. Tak pon belajar sihir? ilmu hitam what so ever. Di highlight kan lagi: itu mungkin persepsi masyarakat sekitar 20, atau 30 tahun lepas.

Memang benar tumbuhan-tumbuhan itu sentiasa memuji yang ESA. Cuma bahasanya yang tidak manusia faham. Sebab itu ramai yang mungkin tak sedar tapi biasa buat, bila stress, bila bergaduh dengan aweks, bakal isteri, stress di tempat kerja, stress ngan mertua.. maka ramai lah yang ke hutan untuk cari kedamaian, ramailah pendaki yang mendaki gunung nan tinggi, ramailah yang ke pulau menikmati deruan ombak dan angin yang membuai. Semua cari ketenangan dengan cara masing-masing. Amat menakjubkan kedamaian hutan, deruan ombak mampu melegakan sesiapa saja.

Sedar dan tak sedar kita semua, tumbuh-tumbuhan, ombak, gunung, hujan, dan apa saja makhluk sentisa memuji Illahi. Oleh itu jika kita nikmati alam, ia mampu melegakan. Sebab, ia mengajak kita pada fitrah. Mengajak pada Yang Agung. Ketenangan manusia bila ia kembali mengingati fitrah.

Back to basic.

Okay. Cuma perkara sebenar yang aku ingin kongsikan adalah ada satu device yang membolehkan tumbuh-tumbuhan bercakap dengan manusia. Ini serius. Mari tgk gambar ini:

rembat from ieee spectrum.

rembat from ieee spectrum.

Dari maklumat yang aku jumpa, device ini mampu mengesan kadar kelembapan, kekeringan dan semua kondisi tumbuhan lah, pendek kata kesihatan pokok tu. Jika perlukan air, pokok itu akan minta isikan. Jika layu, ia akan minta dibajakan. Bukan mustahil kerana dengan adanya sensor(leaf sensor) di letakkan pada pokok tersebut apa saja maklumat yang diperlukan akan diketahui oleh si pemilik.

Dengan bantuan sistem pesanan ringkas (SMS) pada handphone/ PDA dan seumpanya, leaf sensor ini mampu untuk memaparkan ‘bahasa’ dan ‘permintaan’ tanam-tanaman. Secara parktikal, jelas seolah-olah pokok berkomunikasi dengan kita manusia.

Produk ini akan berada dipasaran tahun 2010 nanti. Mahu berbual dengan tanaman, silakan.

Reference:

1) http://www.spectrum.ieee.org/consumer-electronics/gadgets/new-device-lets-plants-talk

Advertisements

Written by firaqness

July 2, 2009 at 10:43 pm

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: