Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for May 2009

tentang bahasa.

with one comment

salam.

Teaching and learning maths and science in english… lama benar isu ini menjadi topik perbualan masyarakat. Aku kira dari menteri sehingga lah tukang sapu, semua ada pendapat sendiri. Memang isu ini merupakan isu hot dan agak sensitif sekarang, lalu aku kira kita kena balik ke perkara asas memikirkan keputusan yang sesuai untuk perkara ini. Ini tentang masa depan anak-anak bangsa Malaysia, ya.. anak kau juga aku nanti.  mana mungkin kita lontarkan emosi tanpa akal bila bercakap tentang ini. Jadi  secara asas, apakah tujuan dan objektif asal pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa inggeris?

Dari sedikit pengetahuan yang aku tahu, tujuannya adalah  untuk melatih pelajar supaya dapat menguasai bahasa inggeris. kedua, supaya dapat bersaing dan setanding dengan pelajar-pelajar antarabangsa yang lain. semua ini aku fikir mereka mahu lakukan secara 2+1.  ada lagi ke objektif lain? em, ini satu lagi.. banyak buku rujukan dalam bahasa inggeris. perlu pendedahan awal.  6 tahun perlaksanaan, keberkesanannya sekarang, semasa entry ini ditulis masih belum diumumkan sama ada mahu teruskan atau sebaliknya.

Mengapa bahasa inggeris ? tidak bahasa mandarin? tamil? – Oh, bahasa inggeris itu bahasa antarabangsa.  Siapa cakap? -Ntah-

*********************************************************************************************************

Pendapat aku:

Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris bukan isu. sebab bagi aku, kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam pnp sebenarnya dapat menarik minat pelajar. tak kira bahasa apa kau guna. semua orang pun tahu penguasaan dalam banyak bahasa itu satu bonus. Jadi, gunakan sahaja bahasa rasmi yang biasa ko gunakan. bahasa rasmi.belajar matematik dan sains itu bertujuan untuk pelajar dapat memikirkan cara yang paling sesuai untuk selesaikan pelbagai masalah hidup kau, masyarakat dan negara. bahasa yang digunakan? tidak kira apa bahasa. janji ko faham cara apa yang patut digunakan nanti. masa itu nanti, bahasa kau guna dah jatuh entah ke nombor berapa. janji masalah selesai.

“peratusan kelulusan subjek matematik bagi peperiksaan tahun ni meningkat dari tahun sebelum ini sebab kita gunakan pnp dalam bahasa inggeris.” lapor seorang cikgu.

Hehe. gelakkan saja.  habis berpuluh tahun mengajar guna bahasa melayu pon, peratusan kelulusan meningkat jugak. mana mungkin bahasa menjadi kayu ukur untuk nilaikan prestasi.

Sejarah telah buktikan dari dulu lagi, mana-mana kuasa besar dunia yang hebat dalam bidang sains dan teknologi hanya menggunakan bahasa ibunda dalam perkembangan teknologi mereka. lihat saja jepun, korea utara, china, europe. us… kau namakan sahaja. bahasa asing kah yang mereka gunakan dalam perkembangan teknologi mereka? Lalu, di Malaysia  bahasa rasminya apa?

Kadang-kadang kita terlalu pandang hebat dan terlopong mulut bila mana  orang speaking english like hell. secara psikologi kau terus kalah. mati idea. cakap sama-sama kau saja. segelintir orang melayu itu lebih barat dari barat. kau sangkal, tapi itu realiti. mari kawan. bangkit. dari segi ilmu kita belum kalah. language is not barrier. guna saja broken english. salah tak ape-ape. budak baru belajar memang selalu salah. normal. Mungkin boleh kita perkasakan bahasa rasmi sehingga keperingkat antarabangsa. kita bina teknologi kita sendiri, dengan cara kita, guna bahasa kita. sokongan semua pihak perlu.  hehe.

Kesimpulan:

” aku junjung Bahasa Malaysia, aku kendong Bahasa Inggeris”.   (kesimpulan credit to wani ardy)

Advertisements

Written by firaqness

May 27, 2009 at 2:14 pm

RON92,RON95, RON97 mana pilihan betul?

with 7 comments

Salam.

Lama tak update blog ni. Banyak kali sebenarnya jari dah letak atas keyboard nak start menulis. tapi blur. hilang terus mood. So, aku sedikit pelik kat orang yang bekerja dalam bidang penulisan ni cam reporter tu kan hari-hari kena perah otak hantar news. Peh.. mana nak kejar dateline lagi…. So aku simpulkan setakat ni kerja penulisan ni bukan senang. Ceh baru perasan susah. ingat senang. Ye la dengan macam-macam cerita sekarang ini, isu minyak, rebut kuasa, etc etc.

Tapi aku lebih berminat nak cerita pasal minyak petrol. Kerajaan dah umum last week nak naikkan harga RON 97 september 09 ni. Tapi terlebih dulu kita semua kena kasik clear apa itu RON sebenarnya?. Jadi dengan sikit pembacaan dapat aku bgtau RON adalah singkatan bagi Research Octane Number. Ia merupakan nisbah gas octane dalam minyak petrol tu. Octane number bertindak sebagai penghalang kepada berlakunya ignition automatik atau ignition pramatang dalam enjin. ignition pra matang tak bagus. nanti aku terangkan lagi. Sebagai contoh bagi RON 92 nisbah Octane nya adalah kurang jika dibandingkan dengan  RON 95 dan RON 97 mahupun RON 99. Setiap kenderaan berbeza keperluan RON nya.

Apa pentingnya nisbah Octane ni? Nisbah Octane adalah penting untuk mempengaruhi  minyak di ignite dalam enjin. Perlu diketahui umum, Minyak petrol yang rendah kadar octane akan menyebabkakn ignition pra matang dalam enjin tanpa melalui spark plug. secara ilmiahnya ini perlu dielakkan kerana ignition pra matang dalam enjin akan mengakibatkan kejatuhan prestasi enjin. lalu akan menyebabkan enjin tidak tahan lama. Sebetulnya, spark plug akan bagi percikan api pada minyak untuk menghidupkan enjin. ini baru turutan yang betol. Sebab itu kereta yang berprestasi tinggi macam F1 memerlukan jenis RON yang tinggi bagi menyukarkan berlakunya iginition pra matang dalam enjin. Kadar Octane tu bertindak sebagai penghalang dari berlakunya ignition automatik dalam enjin.

Bagi kereta yang dikeluarkan pada lewat 70-an dan 80-an, tidak ada masalah untuk menggunakan minyak jenis RON92 atau RON95(minyak merah) sebab spesifikasi enjin yang memang hanya memerlukan minyak jenis seperti ini . Nah, nikmati saja minyak RON 95 yang berharga RM1.75 September ini.  Namun bagi kereta design terkini anda perlu fikir samaada mahu berjimat atau mahu memelihara enjin anda dalam jangka masa panjang. jadi jika keputusan anda mahu memelihara enjin dalam jangka masa panjang pilihlah jenis minyak yang betul.

Jadi pakat-pakat adik kakak tengok balik spesifikasi dan keperluan enjin dalam user guide kenderaan kamu. Buat pilihan berdasarkan panduan  spesifikasi minyak yang disarankan oleh pengilang kenderaan anda. Banyak kenderaan yang masih hanya memerlukan sekadar RON92.

Perlu juga difahami RON yang tinggi bukan penanda aras bagi minyak yang terbaik. Ia hanya bermakna nilai Octane yang tinggi dan sukar untuk di ignite. malah harganya juga tinggi.

Kesimpulan:

Aku bukan gradute dari course petroleum mahupon mechanical. Aku budak baru belajar. Salah fakta mintak diperbetolkan. hehe.

p/s: Opss, RON92 dah tak jual start September nih….

Rujukan:

Sebahagian besar fakta aku cedok dari:

1)http://www.life-auto-insurance.com

Written by firaqness

May 17, 2009 at 11:21 am

Posted in TEKNOLOGI