Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for March 2009

Mengenai Konstantinopel

with 2 comments

Nama konstantinopel itu sudah lama aku dengar. Tapi tak jelas apa sebenarnya itu. Satu tempatkah? Nama kerajaan kah? Nama seorang maharajakah?. Dapat aku rasakan ia satu perkataan yang sangat gah bila mana sejarahwan sering kaitkan nama konstantinopel dengan pemimpin-pemimpin besar dunia.

“Sekiranya aku menguasai Konstantinopel maka mudahlah aku menguasai dunia” – Napoleon Bonaparte.

“Kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya” – Napoleon Bonaparte.

Semua orang tahu Napolean Bonaparte itu diktator besar kan? lalu tak perlu aku panjangkan lagi mengenai itu.

Ini mengenai Konstantinopel yang dulunya pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia, tapi tak pernah berjaya. Oh ya, Konstantinopel itu sebuah kota (benar juga kata orang tua : baca buku menambah pengetahuan haha). Kota ini terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Dihubung secara langsung dengan selat Bosphorus.

konstantinopel Pic 1: Lokasi Kota Konstantinopel. credit to easternearth.wordpress.com

Flashback 600 tahun yang lepas…

Sejarah Konstantinopel itu sangat panjang sekali. Namun perjalanan sejarahnya itu sangat menarik. Bermula apabila Maharaja Konstantinopel memindahkan ibu kotanya dari Rom ke Konstantinopel pada 330 M. Rentetan sejarah yang berterusan aku pendekkan – sehingga tahun 1054M kerajaan Rom berpecah dua, satu bermahzab Kristian Roman Katolik berpusat di Vatikan(sampai hari ni aku rasa ) dan satu lagi bermahzab Ordodoks (Rom Timur) di Byzantine (Konstantinopel) yang meliputi negeri-negeri di tenggara Eropah, Asia Kecil, Syria, Palestin, Mesir , dan beberapa pulau di sekitar Meditranean termasuklah Pulau Sicily dan Corsica.

Asasnya, kerajaan Byzantium mentadbir kota ini dan diperintah oleh maharaja-maharaja yang zalim dan rakyatnya sering rasa tertindas dan tidak selamat. Selain itu kerajaan Byzantium sering mengancam perkembangan Islam.

Pernah sahaja Nabi Muhammad mengutus surat kepada Maharaja Rom tetapi surat itu dikoyakkan sehingga baginda Rasulullah berdoa semoga kerajaan Rom dikoyak-koyakan oleh tentera Islam. Maharaja yang memerintah kerajaan ini amat bongkak dan terus menerus membuat tipu daya, bermacam muslihat serta sabotaj bagi menjatuhkan kerajaan Islam.

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam . Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik pasukan”. (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335).

Usaha untuk menyelamatkan Konstantinopel dari maharaja yang zalim telah dimulakan oleh Saidina Ali pada 34H, Muawiyah bin Abu sufian pada tahun 84H, Sultan Sulaiman pada tahun 91H, Khalifah Harun Al – Rasyid pada tahun 165H. Sultan Beyazid pada tahun 1391M,1397M dan 1400M, tapi semuanya menemui kegagalan. Akhirnya pada 20 Jamadil Awal tahun 857 H bersamaan 29 hb Mei 1453 M kota Konstantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al Fateh, ketua kerajaan Turki Uthamaniah. Ya, dibawah pemerintahan Sultan Muhammad Al Fateh itu terbinanya pasukan tentera yang baik dan rakyat yang baik setelah lebih 800 tahun zaman sahabat.Perjuangan bagi membebaskan Konstantinopel adalah sebuah perjuangan yang amat tragik.  Bahkan sahabat nabi yang bernama Abu Ayub Al Ansari syahid hampir 800 tahun di Kota Konstantinopel. Para syuhada terdahulu  itulah yang menjadi inspirasi kepada Sultan Muhammad Al Fateh dan para mujahidin berjuang  untuk terus membebaskan kota itu.

Tentera muslim  Turki Uthamniah terus bermunajat kepada Allah dan meminta pertolongan Allah untuk membantu membebaskan Konstantinopel.  Tentera kufar pimpinan maharaja Konstantinopel terus memberikan serangan balas yang sengit dan bertubi-tubi. Ramai tentera Muslimin syahid.Ternyata setelah hampir 50 hari usaha untuk menawan kota tersebut, beberapa nusrah dari yang Esa telah beri secara ‘cash’ antaranya Sultan Muhammad Al Fateh mendapat mimpi yang memberi ilham kepada beliau untuk menyeberangi rantai besar yang merentangi pelabuhan di Golden Horn dengan cara melayarkan sebanyak 70 kapal perang diatas daratan kerana laluan laut disekat oleh rantai itu. Taktik ini menyebabkan rasa gentar kepada Maharaja Konstantinopel dan bala tenteranya.  Selain itu ketika genjatan senjata selama 7 hari  , penduduk kristian termasuklah Maharaja Konstantinopel berkumpul  di sebuah gereja dan berarak untuk menaikkan semangat perang  masing-masing.

Tiba-tiba berlaku suatu yang tidak diduga malah memeranjatkan mereka. Patung Maryam yang sedang mereka usung itu tiba-tiba terjatuh dan pecah berderai. Melihat keadaan itu semua paderi mengangis. Kemudian semua yang terlibat dengan perarakkan berkumpul kembali dalam gereja Aya Sophia. Tiba-tiba berlaku sekali lagi perkara yang tidak terduga, kilat memancar lalu menyambar Gereja Aya Sophia diikuti ledakan petir yang sangat kuat.  Seorang paderi Kristian memberitahu kepada Maharaja  Konstantinopel bahawa dalam kitab lama Kristian menyatakan apabila datang 3 petanda iaitu Kapal berlayar di atas daratan, patung Maryam pecah berderai dan Aya Sophia disambar petir maka malapetaka akan berlaku.

Setelah 53 hari pertempuran, akhirnya kota konstantinopel berjaya ditawan oleh tentera Islam dibawah kerajaan Turki Uthmaniah pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh.  Pada 29 Mei 1453M, pemimpin yang baik dengan dibantu tentera yang terbaik berjaya menawan kota Konstantinopel. Sultan Muahammad Al Fateh melangkah masuk kedalam Kota Konstantinopel dan sujud syukur. Sejurus itu gelaran Al Fateh (Penakluk) diberi pada beliau. Sultan Muahammad Al Fateh kemudian menukar nama Konstantinopel kepada ISTANBUL, yang  kekal sampai hari ini.

Setelah Islam berjaya bertapak di Istanbul, kehidupan kota itu lebih harmoni dibawah khalifah Islam. Sultan Muhammad Al Fateh terus memerintah kerajaan Turki Uthmaniah sehingga beliau mangkat setelah diracun oleh seorang Yahudi yang bernama Maesto Jakopa. Berkuburnya salah seorang khalifah Islam yang disanjung kerana taqwanya pada tuhan yang satu, kebijaksanaan, dan keadilan bumi jajahannya yang meliputi  hampir 2/3 dunia.

Hari ini.

Di bumi Konstantinopel itu bersemadinya ramai para syuhada. Di bumi inilah bukti perluasan syiar Islam. Kerajaan Turki Uthmaniah itu merupakan sebuah kerajaanyang terakhir yang diketuai dengan sistem khalifah. Pemimpin seperti Sultan Muhammad Al Fateh tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Memandang pada realiti hari ini, melihat politik tanah air yang semakin menajis dek kerana pemimpin-pemimpin najis, mana mungkin pemimpin seperti Sultan Muhammad Al Fateh dapat dicari lagi?

wassalam.

Sesetengah info aku sedut dari:

1) Abdul Latip Talib. 2008. “ Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel.” PTS Publication Sdn Bhd.

2) Ustaz Muhammad Fauzi

Advertisements

Written by firaqness

March 5, 2009 at 9:29 am

Posted in KEHIDUPAN