Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for February 2009

Amalan biasa-biasa saja, tapi impak sangat besar.

with 2 comments

Salam.

Biasa lah hidup kadang-kadang terbabas lupa diri jugak beb. Tapi tak de lah sampai melanggar hukom agama atau sampai terkena rasukan ablasa, ceh! hehe. Guide line jelas. Kamu Muslim. Sebenarnya banyak kelebihan semua amal perbuatan sebagai sorang muslim. Ada satu hadis yang panjang aku grab dari satu buku. Hadis ni cerita pasal kelebihan beberapa amal yang biasa-biasa orang selalu buat tapi impaknya kuat . So, ada beberapa kelebihan amal yang aku pon baru jer tahu lepas baca Hadis ni. Pastu teruja untuk boleh amal dan kongsi:

Sebuah hadis dikeluarkan oleh Al Tirmizi daripada Al –Hakim, daripada Abdullah bin Umar , daripada Nafie’, daripada Ibnu Abi Hudaie’, daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sa’id bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Semalam aku melihat perkara yang menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka datanglah amalan baik lelaki itu, iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan itu datang dan berjumpa dengan malaikat maut lalu menghalang malaikat maut daripada mengambil nyawa lelaki itu. (Dengan amalan itu bermakna bertambah panjang umur lelaki itu.)

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang sedang berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wuduk orang itu yang cukup sempurna lalu menangkis azab kubur itu, sehingga lelaki itu terlepas dari azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang dikelilingi syaitan yang akan menyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghambat syaitan-syaitan itu. Maka orang itu terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan menyesatkannya.

Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat Azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datanglah amalan solat (solat fardu dan sunat) orang itu lalu melepaskannya daripada azab itu.

Selain itu aku juga melihat umatku sedang dalam keadaan terlalu dahaga, setiap kali dia pergi kepada kolam-kolam air, ada orang yang menghalaunya. Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawa air kepadanya, maka minumlah dia sehingga hilang dahaganya.

Aku juga melihat kumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul-kumpul. Tetapi dikalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan-kumpulan itu dia akan dihalau. Kemudian datang amalan orang itu yang berupa amalan mandi janabah, lalu amalan itu mengangkat orang berkenaan dan meletakkannya dalam kumpulan manusia dan para nabi.

Begitu juga aku melihat umatku sedang dikelilingi oleh gelap-gelita menyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan haji dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelap-gelita dan menghantarnya ketempat terang benderang.

Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika itu datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia; ‘Wahai orang-orang mukmin semua, berkata-katalah(berbual-buallah) terhadap orang ini ‘ . Setelah itu maka berkata-katalah orang-orang mukmin itu kepada orang berkenaan.

Aku juga melihat seorang daripada umatku sedang ditimpa – percikan api, ketika itu datanglah amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.

Selain itu aku juga melihat seorang umatku sedang diheret ke dalam api neraka. Pada ketika itu datanglah amalan amar makruf nahi mungkar bersama dengan malaikat rahmat, lalu menyelamatkan orang berkenaan dari dalam kawah api neraka.

Aku melihat seorang daripada umatku yang jalan merangkak bagi menemui Allah SWT, malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan tuhannya. Ketika itu datanglah amalan mereka yang berupa akhlak yang mulia, lantas memimpin tangan orang itu menuju ke hadrat Allah SWT.

Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang dihulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri , ketika itu datanglah kepadanya amal ibadatnya yang disebabkan rasa gerun kepada Allah. Amal yang disebabkan gerun kepada Allah itu penangkis kepada suratan yang bakal diterima melalui tangan kirinya, menyebabkan bertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal dari sebelah kanan.

Begitu juga aku melihat seorang daripada umatku yang timbangan amal kebajikan terlalu ringan sebaliknya timbangan amal yang jahat mengatasi timbangan yang baik. Ketika itu datanglah anak-anak orang itu yang mati ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat.

Aku juga melihat antara umatku yang sedang berdiri ditepi neraka jahanam dan hamper-hampir terjerumus kedalamnya, maka ketika itu datang amal jahat yang tidak jadi dilakukannya semata-mata kerana gerun dan takut kepada Allah. Amalan itu menarik tangan tuannya hingga terselamatlah dia daripada api neraka dan memasukkannya kedalam syurga.

Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh kedalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh kedalam kawah neraka, menyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu .

Aku juga melihat di kalangan umatku yang berdiri diatas sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh kedalam neraka, sebagaimana ketarnya orang yang sakit perut. Tiba-tiba datang amalan hatinya iaitu perasaan ‘Husnu Dzan’(sangka baik) terhadap Allah, maka husnu dzannya itu meyelamatkannya daripada terjatuh kedalam neraka serta dapat meneruskan perjalanan melalui sirat itu dengan selamat menuju ke syurga.

Aku juga melihat dikalangan umatku yang sedang mengesot dan merangkak diatas titian sirat, ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku (Rasulullah SAW) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatkanya berdiri tegak. Maka selawat itu memimpinnya terus merentasi titian sirat itu sampai ke pintu syurga.

Akhirnya aku juga melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga, malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya. Ketika itu datanglah syahadatnya yang menjadi pegangan akidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman.”

Kesimpulan:

Fuh.. penat dah tulis. Amalan biasa-biasa saja.  Semoga aku boley amal untuk dapat impak itu. Boley ke?.haha.

Kredit terus pada:

Nik Abdul Aziz Nik Mat. 2008. “ Bertemu Janji Allah (Menyingkap kisah Mashyar yang menyayat hati)”. Anbakri Publika. M/S: 177-180.

Advertisements

Written by firaqness

February 24, 2009 at 1:27 pm

Posted in Nota Ugama

Waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa

leave a comment »

Salam.

Salam Jumaat.  ;-p

Jumaat merupakan penghulu segala hari, tak termasuk hari kemerdekaan atau Pasaraya Hari-Hari. Hehe.  Dalam hari jumaat terdapat keberkatan terutamanya ketika berdoa. Berdoa adalah salah satu cara bagaimana seorang muslim berinteraksi dengan Allah yang maha pengasih.

Oleh yang demikian terdapat beberapa waktu yang dikatakan mustajab untuk berdoa. Antara waktu-waktu tersebut adalah:

1) Sepertiga malam .

2) Tatkala berbuka puasa bagi orang yang berpuasa.

3) Setiap selepas sembahayang fardu.

4) Ketika saat perang berkecamuk.

5) Sesaat ketika hari Jumaat.

6) Ketika waktu bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan bersuci dan berzikir kepada Allah.

7) Doa diantara azan dan iqamah.

8 ) Doa ketika waktu sujud di dalam sembahyang.

9) Ketika saat sedang hujan.

10) Ketika saat ajal tiba.

11) Doa ketika hari Arafah.

Seperti mana yang tertulis dalam kitab Mau’izhatul Mukminin (Ringkasan dari Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam Al Ghazali ), antara adab dalam berdoa :

1) Meneliti waktu-waktu yang mulia untuk berdoa.

2) Berdoa dengan menghadap kiblat sambil mengangkat kedua tangan.

3) Memperlahankan suara (antara berbisik dengan keras)

4) Jangan memaksa diri untuk membuat sajak dalam berdoa.

5) Berdoa dengan disertai rasa rendah diri.

6) Yakin bahawa pasti akan doanya terkabul.

7) Berdoa dengan bersungguh-sungguh. Baik diulangi sampai tiga kali.

8 ) Mulai berdoa dengan zikir dan diakhiri doa dengan selawat keatas nabi.

9) Sebelum berdoa amat baik untuk bersolat taubat dulu untuk benar-benar menghadap hati dan jiwa kepada Allah.

Kesimpulan:

Secara realitinya kita adalah hamba. Hamba pada pencipta yang satu iaitu Allah. Kita berhajat kepada Allah. Oleh yang demikian segala kebergantungan kita hanya pada Allah. Zat Allah itu luas. Yakinlah semua yang berlaku adalah dalam pengetahuan Allah. Oleh itu mintalah dan mengadulah pada Allah apa juga perkara dengan sabar. Allah itu maha Mendengar lagi maha Mengetahui.

Kredit dituju pada :

1) Ismail bin Marsyud Ibrahim ar Rumaih. Majalah i , Febuari 2009. Bil 76.

2) Kitab Mau’izhatul Mukminin disusun oleh Muhammad Jamaluddin Alqasimi Addimasyqi.

Written by firaqness

February 13, 2009 at 11:18 am

Posted in Nota Ugama

Bagaimana untuk mengelakkan PC / laptop jadi lembab (Tips Akhir)

leave a comment »

Tips 4: Guna CCleaner

Tips yang terakhir yang aku tahu setakat ini untuk melajukan PC / Laptop adalah dengan menggunakan CCleaner. Software ini sebenarnya amat baik bagi pengguna yang ada akses internet. Download kat sini … Basically CCleaner ni boleh bersihkan semua temporary internet file , cookies, old prefetch data dan macam-macam lagi lah. Ropa CCleaner Versi 1.33 adalah macam gamba kat bawah nih:

ccleaner

So,mudah sangat nak guna CCleaner nih just tick saja semua file yang tak guna kan pastu Run Cleaner…so yang lain-lain boleh explore sendiri ..

So jika berani boleh cuba…. haha.

Wassalam.

Written by firaqness

February 4, 2009 at 2:27 pm

Posted in TEKNOLOGI

Bagaimana untuk mengelakkan PC / laptop menjadi lembab (Tip 3)

leave a comment »

Tip 3 : Menambah kelajuan untuk memaparkan menu

Salam ceria. Ini merupakan tips yang ketiga bagaimana untuk meningkatkan kelajuan komputer. Seperti tips-tips yang lalu cara yang diguna kan ini adalah selamat jika langkah yang betul diaplikasikan. Cuma apa yang perlu ada adalah keberanian dan sikit pemikiran kreatif. Woha!

Cara yang akan ditunjukkan ini dapat mengurangkan masa atau tempoh untuk membuka sesuatu menu dalam PC atau dalam bahasa inggerisnya adalah “Menu Show Delay” . Caranya adalah:

(i) Start > Run > taipkan regedit > Ok > pastu akan keluar dialog box seperti dibawah:

1

(ii) Bila dah keluar dialogue box registry editor, di bawah My Computer sila expand kan HKEY_CURRENT_USER.

(iii) Lepas itu dibawah HKEY_CURRENT_USER, sila expand kan Control Panel seperti gambarajah di bawah:

2

(iv) Di bawah control panel, cari folder Desktop. Sila click folder desktop seperti gambarajah dibawah dan cari MenuShow Delay disebelah kanan:

3

(v) Double click pada MenuShowDelay tersebut dan perhatikan data nya adalah 400 (default value) seperti gambarajah dibawah:

4

(vi) Kemudian tukar dari 400 kepada 0 seperti gambarajah dibawah dan tekan OK:

5

(vii) Dah tekan OK pastu kira beres la. Close semua aplikasi. Restart PC .

Setelah semua step sudah di lakukan, maka semua folder yang di click dapat dipaparkan dengan pantas dari sebelum ini.

Okeh itu saja untuk kali ini. Tips yang seterusnya akan menyusul kemudian.

Wassalam.

Written by firaqness

February 2, 2009 at 12:11 pm

Posted in TEKNOLOGI