Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for January 2009

Bagaimana untuk mengelakkan PC / laptop jadi lembab (Tip 2)

leave a comment »

Tips 2 : Membuang daki di PC
Entry ini merupakan sambungan tips untuk meningkatkan kelajuan komputer dan secara spesifiknya untuk membuang “daki” di PC.
Seperti semua orang tahu, Windows biasanya akan meninggalkan “kesan” yang aku panggil “daki” datang dari software yang telah dibuka oleh pengguna . So sebenarnya daki ini jika tak di buang akan menyebabkan hard disk menyimpan file-file yang tidak perlu pada saiz yang besar. Kesan dia PC akan jadi lembab.
Oleh itu cara nak buang daki di PC:
Start > Run > taip PREFETCH > pastu korang delete SEMUA file yang ada dalam folder prefetch tu. Yeah.. buang semua sekali.. pastu empty kan recycle bin. (Sila lihat gambar)
prefetch

Itu saja .. Mudah saja.
Hoye!
Wassalam.

Pic : Sendiri bikin.

Written by firaqness

January 30, 2009 at 12:49 pm

Posted in TEKNOLOGI

Bagaimana untuk mengelakkan PC / laptop jadi lembab (Tip 1)

leave a comment »

Nota kaki:

1)Hanya relevan pada pengguna OS Window XP sahaja…..

2) Tips ini dari aku yang tak pandai IT sebab aku takda sijil pengiktirafan MCSE/MCSA dari Microsoft, tiada jugak sijil CCNA, CCNP dari CISCO dan etc etc…

Cuma , tips ini adalah apa yang aku dah praktikan sejak beberapa ketika aku mengenali komputer. Hehe. Tips ini juga merupakan gabungan idea beberapa orang yang sudah biasa mengamalkannya. So, nasihat dari beberapa orang yang aku sendiri pon tidak kenal sebab aku pon main google saja cara untuk elak PC jadi lembab dari beberapa website yang dikendalikan oleh beberapa orang yang aku tidak kenali itu. Hasil yang diperolehi nampaknya tidak mengecewakan lalu aku ambil keputusan untuk “berkongsi “ tips ini setelah aku menganalisis dan mensistesis kan tips-tips tersebut (ceeewah!!) . Perlu diketahui bahawa sebelum anda menggunakan tips-tips yang bakal diberikan, dalam diri anda perlu ada sifat berikut:

1) Berani (95%) – Berani untuk hadapi sebarang kerosakkan software pada PC anda. Sebab sebarang kerosakkan adalah berpunca pada diri anda sendiri. Jika anda mengikuti semua tips yang diberikan dengan betul insyaallah Windows anda selamat sejahtera.

2) Kreatif(5%) – Kreatif la untuk ‘mengusik’ beberapa registery file … woha!

Amacam ada berani? Mungkin tips yang aku borakkan ini ramai yang sudah tahu. Tapi takpe le asal berguna ye tak?

Tips 1: Mempercepatkan Start Up .

Kadang-kadang banyak PC / Laptop nak start up lambat. Itu dipercayai oleh sebab antaranya banyaknya start up

untitled2

Futnot: Ikon tray = tray icon

Ok, tindakan yang  boleh ambil adalah dengan disable kan beberapa icon start up object yang tidak perlu. Caranya adalah:

1) (i) Start > Run> taip msconfig> click kat startup . Lepas tu dalam start up object , sila disable kan beberapa icon yang tidak diperlukan . Pastikan keluar dialogue box seperti gambar bawah:untitled21

(ii)Sebenarnya boleh saja disable kan semua sekali…. Aku untick beberapa aplikasi yang aku rasa tidak perlu masa start up PC aku nih..Bergantung pada diri sendiri la. Kat sini aspek kreativiti tu main peranan…. Biasanya setiap PC lain-lain la start up object dia. Lepas  untick click OK then restart PC .

Okeh ini baru tips yang pertama, dan tips yang seterusnya akan menyusul kemudian..

Wassalam.

Written by firaqness

January 29, 2009 at 10:59 pm

Posted in TEKNOLOGI

Semua orang pon dah tahu

leave a comment »

Salam .

Semua orang pon dah tahu US adalah sekutu kuat Israel.

Semua orang pon dah tahu beberapa kompeni dari US (Starbuck, Coca Cola etc etc) menyalurkan terus dana kepada Israel untuk projek “Pembangunan negara haram Israel “ .

Semua orang pon dah tahu ekonomi US di kuasai secara langsung oleh Zionis.

Semua orang pon dah tahu bukan setakat ekonomi saja diorang sudah kuasai, hiburan,pendidikan, sukan , media, hatta sistem pemerintahan US pon Zionis sudah kuasai.

Tukarlah banyak mana Presiden pon, sudah tentu tidak mampu menongkah arus dan corak pemerintahan US jika disekeliling presiden tersebut penuh dengan mereka yang bersekutu dengan Zionis.

Jelas beb sekarang ini bila mana kita mau boikot produk yang berlatar belakangkan zionis ini seolah-olah kita rasa ekonomi Negara kita pulak yang akan screw up.. ye tak. Itu ler yang aku maksudkan Zionis sudah kuasai ekonomi bukan setakat kat US tapi kat seluruh dunia. Planning diorang sejak 1948 beb bukan seminggu dua. Heh.

Bila ada orang berkata:

“Ish… camner ngan pekerja kilang Coca Cola kalau boikot produk diorang?. Mana diorang mau kerja?”

Haih.

Buka minda fikir ini:

1)Dapatkah dibayar balik nyawa kanak-kanak Palestin yang tidak berdosa mati di bom Israel?

2)Dapatkah dikembalikan nyawa wanita lemah Palestin yang mati gara-gara kerakusan Israel?

3)Mahu ditebus apa nyawa warga tua Palestin yang setiap hari dijadikan mangsa keganasan pihak Israel ?

4) Mahu digantikan dengan apa kebahagiaan seluruh penduduk Palestin yang dimamah rejim Israel?

Apa la sangat tukar kerja. Rezeki ada dimana-mana.

Heh~

Senang sungguh berkata-kata.

Realiti

Sebenarnya sekarang ini kebangkitan kesedaran kepada peri penting untuk mengeluarkan barangan buatan Malaysia yang HALAL sudah menjadi satu perjuangan untuk membebaskan minda penduduk Malaysia dari dibayangi “kehebatan” produk dari luar yang tidak tentu ke HALAL an nya.

Dari sikit pemerhatian aku yang memang daif ini dapati sudah banyak produk tempatan yang HALAL (IMP, HPA , etc etc) setanding dengan produk dari luar Negara tuh. So aku rasa dengan berkat jika berbelanja pada produk kita sendiri sudah tentu aliran Ringgit tidak akan keluar secara tidak langsung ekonomi Negara kita yang akan balance dan padu. So dapatlah expand lagi produk tempatan kat international market. Pastu orang yang kena berhenti kerja kilang Coca Cola tu boleh ler kerja kat kilang-kilang orang tempatan nih.

untitled

So, semua kita kena support barangan tempatan yang HALAL. Sapa lagi nak support produk kita? Orang Yahudi korang ingat nak ke beli barangan selain dari buatan orang yahudi? Tak hinggin beb diorang beli. Kita saja yang megah beli barang buatan orang yahudi.

Sudah tentu usaha penyelidikan untuk menghasilkan barangan sendiri ini perlu berterusan. Negara kitakan banyak universiti. Semua university pon ada buat research. Tingkatkan usaha buat research dan komersilkan hasil or produk kajian korang.

Orang Malaysia Tak pandai buat M-16?

Satu lagi, aku rasa ini penting. Negara kita tak pandai buat senjata perang , jentera perang lagi beb. Kapal terbang, kapal selam, kereta kebal, tu toksah cerita lah… entah bila boleh produce.termasuklah   M-16. So mana-mana universiti tempatan khususnya universiti pertahanan cuba –cuba lar usaha research camna nak menghasilkan senjata perang nih. Hantar la researcher korang untuk dalami ilmu-ilmu nih. Cadangan aku ialah orang yang pakar membuat senjata ni baik ambik mereka yang terror buat mercun or meriam buatan sendiri masa hari raya .Ramaikan?. Negara kita asyik mau beli dari luar sampai bila? Dah beli timbol kontroversi pulak tuh. Tak ke Hampeh?

At least, kalau sudah ada kepakaran bina teknologi ketenteraan baru la kita tak bergantung kepada Negara luar especially US dan para sekutunya.

Heh.

Kesimpulan

Semua benda aku tulis kat entry ni didedikasi untuk diri aku sendiri. Mungkin tak signifikan kat diri korang yang membaca dan entry ni mungkin membuang masa. HAHA.

Wassalam

P/S: Aku dah try ayam kat RADIX FRiED CHICKEN. 2 kali. Sedap hingga menjilat kotak RFC tu. Saper mau try sila datang ke Sg. Petani heh~.

Written by firaqness

January 12, 2009 at 4:02 pm

Posted in Uncategorized

Lumpuhkan Zionis

leave a comment »

Salam.

untitled11Jadi manusia Responsif.

Peka pada sekeliling, jangan buat Pekak.

Mari click link ini:

1) Kita Dan Palestin

2) Tindakan Kita

Wassalam.

Written by firaqness

January 8, 2009 at 3:56 pm

Posted in KEHIDUPAN