Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for December 2008

Tahun Berganti

leave a comment »

Salam

Tahun berganti tahun… di sana sini orang bercakap pasal tahun baru yang bakal tiba…

1430H bersamaan 2009 M.

Terlaksanakah azam tahun-tahun lepas?

Hubungan  dengan Pencipta,

Hubungan sesama makhluk :

makin baik kah?

makin cemerlang kah?

statik kah?

makin buruk kah?

**************************

Masa lapang sebelum sempit,

Sehat sebelum sakit,

Muda sebelum tua,

kaya sebelum miskin,

hidup sebelum MATI.

*******************

Cakap banyak pon tak guna,

cari ruang,

cari masa:

Muhasabah diri.

;-p

Advertisements

Written by firaqness

December 28, 2008 at 11:48 am

Posted in Uncategorized

kenapa berblog ?

with 5 comments

Assalamualaikum

Kembali bertemu. Entry kali ini aku bincangkan serba sedikit reason bagi persoalan kenapa aku berblog..

Mahu Belajar

Aku bukan penulis yang baik. Jadi dengan berlatih menulis di blog ini diharap dapat mengasah fikiran untuk menjana idea agar satu hari nanti insyaallah apa yang ada dalam fikiran aku dapat diterjemahkan dengan baik melalui tulisan. Terbukti apabila supervisor aku ada komen idea dalam kepala aku x sama dengan apa yang aku tulis. Maknanya apa yang aku tulis dalam dalam tesis aku tak sampai maknanya kepada pembaca. Sorry Dr Wan, tidak dapat hantar laporan tesis yang betul-betul sempurna.. saya budak baru belajar..hehe~

Kongsi

Berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku tahu (walaupun ilmu aku memang sikit dan tak cukup serta daif). Aku minta ampun dengan Allah dan minta maaf dengan korang yang ada baca entry-entry sebelum ni anggap aku riak , takbur dan ujub dengan informasi yang aku sampaikan. Bukan itu maksud aku. Aku minta Allah jauhkan aku dari sifat tercela itu.  Apa yang aku cuba lakukan adalah untuk BERKONGSI. Ya, berkongsi informasi. Walaupun cerita kosong.  Seorang kawan ada cakap :

” In the spirit of learning and sharing”..

*Senyum*

firaqness

02500 Chuping,

Perlis

Written by firaqness

December 26, 2008 at 11:54 pm

Posted in Uncategorized

Cerita Kosong

with 2 comments

Assalamualaikum

Sekadar mencoret beberapa nukilan untuk refleksi diri sendiri. Memang sudah lama tidak menulis di blog ini kerana 3 bulan lepas memang betul-betul agak mencabar dengan pelbagai agenda yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah setakat ini sudah selesai beberapa agenda tersebut. Pertama sekali adalah Projek Sarjana dan disertasi , kemudian dengan peperiksaan akhir  semester dan latihan mengajar. Sekarang masa untuk bercuti dan bercuti sampai bila belum pasti.

*Senyum*

Entry kali ini sekadar ingin membuat satu refleksi terhadap buku yang baru saja selesai dibaca.  Aku bukan seorang yang ekstrim membaca. Cuma minat saja mengkaji pasal kisah realiti. So,  Buku bertajuk “Hidup Bagaikan Sungai  Mengalir ” Tulisan Agnes Khoo memang menarik minat aku.

gerakbudaya.com

Pic : gerakbudaya.com

Buku ini adalah berkisar tentang kisah 16 orang wanita dalam gerakan anti jepun dan anti penjajah dari tahun 1948 hingga 1989. Secara tepat lagi kebanyakan diorang terlibat dengan gerakan PKM(Parti Komunis Malaya).

Agness Khoo telah membuat satu kajian yang aku kira berbentuk  kualitatif apabila dia sendiri tinggal di selatan thailand demi menemu bual dan menyelami kehidupan 16 orang wanita ini selama beberapa tahun. Tambah pulak kajian yang dia buat adalah untuk melengkapkan kajian Phd dalam bidang Sosiologi.

Setelah Perjanjian Damai antara Thailand, Singapura dan Malaysia dengan PKM pada 1989 di Thailand, maka berakhir sudah perjuangan PKM yang berbentuk militan di sekitar malaya.  Perkampungan bekas komunis ini terletak diwilayah selatan Thailand di tiga buah kawasan. Rata-rata wanita bekas komrad PKM ini menyatakan rentetan sejarah arus perdana dilihat menafikan perjuangan PKM dalam menentang pihak penjajah.  Mereka terus menerus dipandang negatif, oleh masyarakat. Soal mengapa mereka menyertai PKM, arah tuju sebenar mereka dalam perjuang berbentuk nasionalisme ini terus digelapkan oleh sejarah arus perdana.

Mungkin bagi sesetengah orang, buku ini bukanlah yang terbaik untuk bacaan. Mungkin ada yang rasa bahan-bahan ini tidak signifikan kepada mereka.  Namun  secara realiti kajian dan temuramah dilakukan oleh  Agness Khoo merupakan kajian lapangan sebenar keatas mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam PKM.

Secara kesimpulanya  buku ini mendedahkan kepada pembaca situasi sebenar yang terjadi waktu dulu. , maksud aku REVOLUSI pada tahun 1948. Kenapa wujudnya REVOLUSI itu sebenarnya? apa berlaku waktu itu? Dalam buku teks sejarah malaysia  tak pulak cerita benda-benda ni.  Baca buku ini untuk pengetahuan saja…jauhkan diri korang menyelami ideologi Marxisme dan Leninsme . Bahaya terpengaruh nanti.

*kenyit*

*Salam*

P/S: aku tengok kat kedai buku MPH, Popular banyak jual buku terbitan SIRD, expose cerita gerakan-gerakan berhaluan kiri. Untuk tambah knowledge, bole cari buku-buku ni kat sana.

Written by firaqness

December 16, 2008 at 11:11 am

Posted in KEHIDUPAN