Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for August 2008

Kapitalisme episode 2

with one comment

Assalamualaikum

Entry ini adalah pelangkap kepada tajuk kapitalisme? lepas. Apa yang ingin aku kongsi di sini hanya cebisan ilmu yang aku perolehi selepas meneliti beberapa fakta berkaitan dengan perbandingan antara konsep Islam dengan Kapitalisme.

Aku bukan bertujuan untuk meracuni atau menghasut mana-mana pihak, tetapi ini adalah kenyataan atau fakta REALITI yang harus di kongsi bersama.

Perbandingan antara konsep Islam dengan Kapitalisme

1) Golongan Kapitalis anggap segala harta yang di perolehi adalah hak mutlak dirinya. Sebaliknya Islam memandang bahawa harta adalah rezeki dari Allah yang di amanahkan kepada seseorang untuk dibelanjakan mengikut garis panduan yang betul.

2) Golongan kapitalis anggap orang lain tidak boleh mencapuri urusan harta yang dimiliki, soal untuk membelanjakan harta pada jalan sebetulnya bukan soal dan mereka membelanjakan harta mengikut hawa nafsu mereka sahaja. Oleh sebab itu jikalau ada derma yang mereka hulurkan, itu adalah bertujuan untuk riak, takbur, popular dan mahu di panggil “penderma” (Err.. yang derma anak yatim siap masuk Tv, Cek besar-besar siap masuk paper tu camner yer hehe).

Islam menentukan harta yang diamanahkan kepadanya adalah untuk di beri kepada golongan yang berhak. Jadi derma yang dihulurkan adalah bukan berdasarkan belas kasihan atau perikemanusiaan semata-mata, jauh lebih itu adalah untuk menunaikan hak orang lain yang diperintah oleh Allah S.W.T. Perbuatan inilah yang di istilahkan sebagai “Ihsan”.

3. Golongan Kapitalis bebas simpan harta dan keuntungan dan belanja ikut kemahuan mereka. Islam pula menganjurkan harta dan keuntungan yang diperolehi adalah untuk kepentingan umum, cara berbelanja mestilah sederhana tidak melampaui batas dan menggunakan harta dijalan Allah dengan cara yang halal.

4. Golongan Kapitalis bebas cari jalan keuntungan belipat kali ganda termasuk riba, rasuah etc etc. Islam pula menganjurkan ummatnya mencari harta dengancara yang halal manakala cara yang haram amat ditegah dan tidak diakui. Keberkatan adalah dalam cara yang halal. Riba di haramkan, rasuah juga begitu diharamkan, Islam menganjurkan keikhlasan hati kepada Allah untuk mendapat keredhaan hidup.

Demikian adalah sedikit sebanyak perbezaan secara kasar antara Islam dan kapitalisme. Harus diketahui bahawa Karl Marx juga menentang habis-habisan konsep Kapitalisme. Dalam masa yang sama, doktorin kiri yang dibawa Karl Marx patutkah kita akui??? Heh~ entry akan datang akan kupas pasal teori-teori Karl MArx. Aku tak tau bila boleh aku tulis maybe lepas 2,3 entry lepas ni kot.

Jazakallah Khair.

Rujukan

Prof. Dr. Haron Din , PM mohd Sulaiman ,PM Hassan Salleh, Drs Sidi Ghazalba .1990. “Manusia dan Islam” .Jilid 3 . Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 3-8.

Written by firaqness

August 9, 2008 at 9:47 am

Posted in Uncategorized

Kapitalisme?

with one comment

Assalamualaikum

Bertemu lagi dalam arena penulisan ini.

Adakah semua harta yang kita perolehi hak mutlak kita? gaji yang beribu kita peroleh, kereta, rumah, duit simpanan hak milik mutlak kita??

Heheh entry kali nih aku nak kupas pasal konsep kapitalisme dan anda, err… anda dan kapitalisme… huh.. ape-ape je la.

Latar belakang Kapitalisme dan perkembangannya.

Kita tengok perkembangan fikiran di Eropah bermula dari abad Pertengahan (500M-1500M) kepada zaman Renaissance yang bermula dari 1500M. Sejarahnya begini.. kebebasan individu di pada abad pertengahan tiada. Sebab : gereja dan raja berkuasa mutlak mengendalikan fikiran maknanya gereja dan raja berkerjasama untuk saling untung menguntungkan satu sama lain… Rakyat…?. Nanti dulu.

Sedut dari: http://www.greatwar.nl/hahn/kapitalisme.jpg

Agama Kristian tidak dapat diketahui keasliannya pada masa itu sebab Injil pon dah di modified …..Selain itu orang ramai(rakyat) tidak berhak membaca Injil sebab yg berhak membaca injil adalah paderi pada masa itu. Kesan: Tidak ada manusia yang boleh berfikir keluar dari apa-apa yang diajarkan oleh para paderi digereja. Keluar dari pengajaran para pederi atau menentang pendapat paderi bermakna keluar daripada agama, terima seksaan kejam.

Namun keadaan ini tidak mungkin kekal sebab manusia tidak dapat dibendung daripada berfikir. Allah telah kurnia akal untuk berfikir. Halang orang untuk berfikir sama saja seperti mematikannya.Akhirnya timbulah gerakan yang kuat iaitu Renaissance ( pencerahan). Mereka kembali kepada kebudayaan Yunani Dan Rumawi.

Rennaissance adalah penentangan terhadap gereja . Sungguhpun gereja sepatutnya bertanggungjawab, tetapi agama kristian yang menjadi korban. Kebudayaan Rumawi dan Yunani adalah kebudayaan orang yang tidak mempunyai agama samawi.

Keadaan manusia di Eropah pada zaman Rennaissance beralih dari dari agama paksaan gereja kepada keyakinan kepeda diri mereka sendiri. Manusia mencipta, manusia adakan undang-undang, mengadakan teori-teori dan peraturan kemasyarakatan tanpa rujuk pada paderi dan gereja lagi.

Manusia merasakan mereka boleh berfikir sendiri dan anggap apa yang mereka tahu berdasarkan pancaindera itulah yang benar…Realism??

Sungguhpun begitu, naluri ketuhanan dalam diri mereka masih ada dan mereka membuat keputusan dengan tidak mencampuri urusan kehidupan dan pemerintahan dengan gereja. Gereja dibuat sebagai upacara untuk melengkapi kebudayaan sahaja. Peranannya lemah sama sekali.

Untuk mencapai di tahap itu adalah lama dan banyak pemberontakan telah berlaku antaranya Revolusi Perancis. Ekonomi Eropah berkembang pesat, terutama apabila orang Portugis dan Sepanyol datang mencari sumber rempah di nusantara dan kepulauan Melayu kita ini.

Dalam perkembangan ekonomi itu ada orang yang mempunyai kualiti dan kuantiti yang tinggi, maka ia mendapat kejayaan cemerlang. Segala yang diperolehi mengikut kepercayaannya adalah hak milik yang mutlak baginya. Tidak ada yang boleh mengganggu. Kalau ada orang susah dapatlah bagi kesian, hulur bantuan. Tapi kalau tiada rasa kasihan.. tak perlu tolong dan tak ada undang-undang pon boleh memaksanya memberi bantuan pada yang susah…….. ini lah “KAPITALISME”!

Kapitalisme- pentingkan diri, hidup mewah tak peduli orang lain, yang kaya terus kaya, yang susah terus melarat.. harta berlegar pada pihak tertentu sahaja. Mereka ini sama saja dengan Qarun pada zaman Nabi Musa dulu.

Dalam Kapitalisme antara tugas pemerintah adalah jamin kebebasan pihak tertentu,negara tiada modal, tidak mengembangkan modal negara hanya menjaga keselamatan hak individu dan memelihara kebebasan peribadi.

Err..Korang rasa realiti hidup hari ini? diri kita, bangsa kita, negara kita..? Entry berikutnya akan mencari  hubungan dia samaada signifikan ke tak.. haha

*** Habis***

Tulisan ni aku refer : Buku: Prof. Dr. Haron Din , PM mohd Sulaiman ,PM Hassan Salleh, Drs Sidi Ghazalba .1990. “Manusia dan Islam” .Jilid 3 . Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 3-8

Written by firaqness

August 4, 2008 at 12:19 pm

Posted in Uncategorized