Jari & Papan Kekunci

Negara sudah merdeka, kita bila lagi?

Posted in Uncategorized by firaqness on August 31, 2009

Hampir 10 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Bermakna sudah 10 tahun jugak aku sudah tinggalkan subjek sejarah. Lupa sudah cerita Sang Parameswara, Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Penaklukkan Portugis yang beratus tahun memamah hasil di tanah ini. Zaman penjajahan Jepun, British dan perjuangan menentang Malayan Union. Beratus sudah pejuang tanah air ini mati. Dahulunya dituduh pemberontak. Hari ini digelar Pahlawan. Perjuangan mereka bukan sekadar membebaskan tanah air. Lebih dari itu adalah untuk agama dan bangsa. Kemerdekaan ini tidak ternilai harganya.

Pra Merdeka

Aspirasi kemerdekaan dulunya sebelum 1948 lagi telah dilaungkan Burhanuddin Al Helmy. Anak melayu ini bertubuh kecil. Tetapi berjiwa merdeka. Kata-kata azimat dari Burhanuddin Al Helmy :

“……..Diatas robohan Kota Melaka kita dirikan jiwa Merdeka……..”

Kata-kata itu yang menjadi pembakar semangat mereka-mereka yang seangkatan dengan beliau pada masa itu. Mereka tidak tunduk kepada penjajah. Mereka di pulau. Tidak ramai yang berani bersuara kecuali nama ini. Kini jasad mereka telah tiada namun semangat mereka membakar jiwa. Aku juga mungkin tidak mempunyai semangat seperti mereka.

Pasca Kemerdekaan

Hari Merdeka disambut setiap tahun dengan pelbagai acara. Adakah dengan hanya memasang bendera disana sini menunjukkan semangat cintakan negara? Adakah dengan berarak di Dataran Merdeka juga menjadi indicator kepada semngat cintakan tanah air?

52 tahun kita claim negara kita merdeka, tanpa sedar ramai lupa untuk menghargainya. Apalah erti kemerdekaan jika ramai lagi remaja kita terlibat dengan cannabis, syabu, ketamin, ats etc etc. Apalah juga erti kemerdekaan jika bertambah ramai remaja Melayu lelaki dan perempuan jamu arak macam minum air suam? Apalah erti kemerdekaan jika sosial kita makin buruk?

Jadi aku dan semua kamu perlu sedar tentang nikmat kemerdekaan yang Allah bagi ini bukan untuk di suka ria tanpa syukur. Semua kena saling ingat mengingati setiap masa, setiap keadaan. Kita punyai agama, kita punyai maruah, kita punyai tanggungjawab besar untuk dilaksanakan, di bumi bertuah ini medannya. Di ’sana’ esok kita tuai hasilnya.

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. Amin said, on August 31, 2009 at 6:21 pm

    dari itu, mari kita berselawat…


Leave a Reply