tentang bahasa.
salam.
Teaching and learning maths and science in english… lama benar isu ini menjadi topik perbualan masyarakat. Aku kira dari menteri sehingga lah tukang sapu, semua ada pendapat sendiri. Memang isu ini merupakan isu hot dan agak sensitif sekarang, lalu aku kira kita kena balik ke perkara asas memikirkan keputusan yang sesuai untuk perkara ini. Ini tentang masa depan anak-anak bangsa Malaysia, ya.. anak kau juga aku nanti. mana mungkin kita lontarkan emosi tanpa akal bila bercakap tentang ini. Jadi secara asas, apakah tujuan dan objektif asal pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa inggeris?
Dari sedikit pengetahuan yang aku tahu, tujuannya adalah untuk melatih pelajar supaya dapat menguasai bahasa inggeris. kedua, supaya dapat bersaing dan setanding dengan pelajar-pelajar antarabangsa yang lain. semua ini aku fikir mereka mahu lakukan secara 2+1. ada lagi ke objektif lain? em, ini satu lagi.. banyak buku rujukan dalam bahasa inggeris. perlu pendedahan awal. 6 tahun perlaksanaan, keberkesanannya sekarang, semasa entry ini ditulis masih belum diumumkan sama ada mahu teruskan atau sebaliknya.
Mengapa bahasa inggeris ? tidak bahasa mandarin? tamil? – Oh, bahasa inggeris itu bahasa antarabangsa. Siapa cakap? -Ntah-
*********************************************************************************************************
Pendapat aku:
Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris bukan isu. sebab bagi aku, kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam pnp sebenarnya dapat menarik minat pelajar. tak kira bahasa apa kau guna. semua orang pun tahu penguasaan dalam banyak bahasa itu satu bonus. Jadi, gunakan sahaja bahasa rasmi yang biasa ko gunakan. bahasa rasmi.belajar matematik dan sains itu bertujuan untuk pelajar dapat memikirkan cara yang paling sesuai untuk selesaikan pelbagai masalah hidup kau, masyarakat dan negara. bahasa yang digunakan? tidak kira apa bahasa. janji ko faham cara apa yang patut digunakan nanti. masa itu nanti, bahasa kau guna dah jatuh entah ke nombor berapa. janji masalah selesai.
“peratusan kelulusan subjek matematik bagi peperiksaan tahun ni meningkat dari tahun sebelum ini sebab kita gunakan pnp dalam bahasa inggeris.” lapor seorang cikgu.
Hehe. gelakkan saja. habis berpuluh tahun mengajar guna bahasa melayu pon, peratusan kelulusan meningkat jugak. mana mungkin bahasa menjadi kayu ukur untuk nilaikan prestasi.
Sejarah telah buktikan dari dulu lagi, mana-mana kuasa besar dunia yang hebat dalam bidang sains dan teknologi hanya menggunakan bahasa ibunda dalam perkembangan teknologi mereka. lihat saja jepun, korea utara, china, europe. us… kau namakan sahaja. bahasa asing kah yang mereka gunakan dalam perkembangan teknologi mereka? Lalu, di Malaysia bahasa rasminya apa?
Kadang-kadang kita terlalu pandang hebat dan terlopong mulut bila mana orang speaking english like hell. secara psikologi kau terus kalah. mati idea. cakap sama-sama kau saja. segelintir orang melayu itu lebih barat dari barat. kau sangkal, tapi itu realiti. mari kawan. bangkit. dari segi ilmu kita belum kalah. language is not barrier. guna saja broken english. salah tak ape-ape. budak baru belajar memang selalu salah. normal. Mungkin boleh kita perkasakan bahasa rasmi sehingga keperingkat antarabangsa. kita bina teknologi kita sendiri, dengan cara kita, guna bahasa kita. sokongan semua pihak perlu. hehe.
Kesimpulan:
” aku junjung Bahasa Malaysia, aku kendong Bahasa Inggeris”. (kesimpulan credit to wani ardy)





salam..
sokong bro!