RON92,RON95, RON97 mana pilihan betul?
Salam.
Lama tak update blog ni. Banyak kali sebenarnya jari dah letak atas keyboard nak start menulis. tapi blur. hilang terus mood. So, aku sedikit pelik kat orang yang bekerja dalam bidang penulisan ni cam reporter tu kan hari-hari kena perah otak hantar news. Peh.. mana nak kejar dateline lagi…. So aku simpulkan setakat ni kerja penulisan ni bukan senang. Ceh baru perasan susah. ingat senang. Ye la dengan macam-macam cerita sekarang ini, isu minyak, rebut kuasa, etc etc.
Tapi aku lebih berminat nak cerita pasal minyak petrol. Kerajaan dah umum last week nak naikkan harga RON 97 september 09 ni. Tapi terlebih dulu kita semua kena kasik clear apa itu RON sebenarnya?. Jadi dengan sikit pembacaan dapat aku bgtau RON adalah singkatan bagi Research Octane Number. Ia merupakan nisbah gas octane dalam minyak petrol tu. Octane number bertindak sebagai penghalang kepada berlakunya ignition automatik atau ignition pramatang dalam enjin. ignition pra matang tak bagus. nanti aku terangkan lagi. Sebagai contoh bagi RON 92 nisbah Octane nya adalah kurang jika dibandingkan dengan RON 95 dan RON 97 mahupun RON 99. Setiap kenderaan berbeza keperluan RON nya.
Apa pentingnya nisbah Octane ni? Nisbah Octane adalah penting untuk mempengaruhi minyak di ignite dalam enjin. Perlu diketahui umum, Minyak petrol yang rendah kadar octane akan menyebabkakn ignition pra matang dalam enjin tanpa melalui spark plug. secara ilmiahnya ini perlu dielakkan kerana ignition pra matang dalam enjin akan mengakibatkan kejatuhan prestasi enjin. lalu akan menyebabkan enjin tidak tahan lama. Sebetulnya, spark plug akan bagi percikan api pada minyak untuk menghidupkan enjin. ini baru turutan yang betol. Sebab itu kereta yang berprestasi tinggi macam F1 memerlukan jenis RON yang tinggi bagi menyukarkan berlakunya iginition pra matang dalam enjin. Kadar Octane tu bertindak sebagai penghalang dari berlakunya ignition automatik dalam enjin.
Bagi kereta yang dikeluarkan pada lewat 70-an dan 80-an, tidak ada masalah untuk menggunakan minyak jenis RON92 atau RON95(minyak merah) sebab spesifikasi enjin yang memang hanya memerlukan minyak jenis seperti ini . Nah, nikmati saja minyak RON 95 yang berharga RM1.75 September ini. Namun bagi kereta design terkini anda perlu fikir samaada mahu berjimat atau mahu memelihara enjin anda dalam jangka masa panjang. jadi jika keputusan anda mahu memelihara enjin dalam jangka masa panjang pilihlah jenis minyak yang betul.
Jadi pakat-pakat adik kakak tengok balik spesifikasi dan keperluan enjin dalam user guide kenderaan kamu. Buat pilihan berdasarkan panduan spesifikasi minyak yang disarankan oleh pengilang kenderaan anda. Banyak kenderaan yang masih hanya memerlukan sekadar RON92.
Perlu juga difahami RON yang tinggi bukan penanda aras bagi minyak yang terbaik. Ia hanya bermakna nilai Octane yang tinggi dan sukar untuk di ignite. malah harganya juga tinggi.
Kesimpulan:
Aku bukan gradute dari course petroleum mahupon mechanical. Aku budak baru belajar. Salah fakta mintak diperbetolkan. hehe.
p/s: Opss, RON92 dah tak jual start September nih….
Rujukan:
Sebahagian besar fakta aku cedok dari:
1)http://www.life-auto-insurance.com





salam..tumpang tanya, ni rafiq polisas tahun 2000 ke? maaf kalau silap orang.
salam..ni rafiq polisas tahun 2000 ke..maaf kalau silap
salam.
@rushidil&yrai : Bro, hi! hebat btol. aku mmng x sangka setelah hampir 9 tahun ko masih ingat nick aku… hahaha. mmng btol polisas 2000 kita satu kelas. satu grup. cuma aku blah awal je. hehe….byk cerita nk share ngan ko…hehe
hehe.. leh mail aku tak, bagi no phone, semer member rindu kat ngko
lupa, rusyidil at yahoo.com
ko pandang sleck ah .. ehheeh ayat ko tu rafik.. ahhahha aku bob .. kancil .. ehhe k emailah kat aku
@yrai: ok. bro, tunggu email dari aku ya.
@bob: Bob. Hi. weh tagline tu aku dah xguna dah. hehe.