Jari & Papan Kekunci

Amalan biasa-biasa saja, tapi impak sangat besar.

Posted in Nota Ugama by firaqness on February 24, 2009

Salam.

Biasa lah hidup kadang-kadang terbabas lupa diri jugak beb. Tapi tak de lah sampai melanggar hukom agama atau sampai terkena rasukan ablasa, ceh! hehe. Guide line jelas. Kamu Muslim. Sebenarnya banyak kelebihan semua amal perbuatan sebagai sorang muslim. Ada satu hadis yang panjang aku grab dari satu buku. Hadis ni cerita pasal kelebihan beberapa amal yang biasa-biasa orang selalu buat tapi impaknya kuat . So, ada beberapa kelebihan amal yang aku pon baru jer tahu lepas baca Hadis ni. Pastu teruja untuk boleh amal dan kongsi:

Sebuah hadis dikeluarkan oleh Al Tirmizi daripada Al –Hakim, daripada Abdullah bin Umar , daripada Nafie’, daripada Ibnu Abi Hudaie’, daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sa’id bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Semalam aku melihat perkara yang menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka datanglah amalan baik lelaki itu, iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan itu datang dan berjumpa dengan malaikat maut lalu menghalang malaikat maut daripada mengambil nyawa lelaki itu. (Dengan amalan itu bermakna bertambah panjang umur lelaki itu.)

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang sedang berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wuduk orang itu yang cukup sempurna lalu menangkis azab kubur itu, sehingga lelaki itu terlepas dari azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang dikelilingi syaitan yang akan menyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghambat syaitan-syaitan itu. Maka orang itu terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan menyesatkannya.

Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat Azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datanglah amalan solat (solat fardu dan sunat) orang itu lalu melepaskannya daripada azab itu.

Selain itu aku juga melihat umatku sedang dalam keadaan terlalu dahaga, setiap kali dia pergi kepada kolam-kolam air, ada orang yang menghalaunya. Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawa air kepadanya, maka minumlah dia sehingga hilang dahaganya.

Aku juga melihat kumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul-kumpul. Tetapi dikalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan-kumpulan itu dia akan dihalau. Kemudian datang amalan orang itu yang berupa amalan mandi janabah, lalu amalan itu mengangkat orang berkenaan dan meletakkannya dalam kumpulan manusia dan para nabi.

Begitu juga aku melihat umatku sedang dikelilingi oleh gelap-gelita menyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan haji dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelap-gelita dan menghantarnya ketempat terang benderang.

Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika itu datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia; ‘Wahai orang-orang mukmin semua, berkata-katalah(berbual-buallah) terhadap orang ini ‘ . Setelah itu maka berkata-katalah orang-orang mukmin itu kepada orang berkenaan.

Aku juga melihat seorang daripada umatku sedang ditimpa – percikan api, ketika itu datanglah amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.

Selain itu aku juga melihat seorang umatku sedang diheret ke dalam api neraka. Pada ketika itu datanglah amalan amar makruf nahi mungkar bersama dengan malaikat rahmat, lalu menyelamatkan orang berkenaan dari dalam kawah api neraka.

Aku melihat seorang daripada umatku yang jalan merangkak bagi menemui Allah SWT, malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan tuhannya. Ketika itu datanglah amalan mereka yang berupa akhlak yang mulia, lantas memimpin tangan orang itu menuju ke hadrat Allah SWT.

Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang dihulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri , ketika itu datanglah kepadanya amal ibadatnya yang disebabkan rasa gerun kepada Allah. Amal yang disebabkan gerun kepada Allah itu penangkis kepada suratan yang bakal diterima melalui tangan kirinya, menyebabkan bertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal dari sebelah kanan.

Begitu juga aku melihat seorang daripada umatku yang timbangan amal kebajikan terlalu ringan sebaliknya timbangan amal yang jahat mengatasi timbangan yang baik. Ketika itu datanglah anak-anak orang itu yang mati ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat.

Aku juga melihat antara umatku yang sedang berdiri ditepi neraka jahanam dan hamper-hampir terjerumus kedalamnya, maka ketika itu datang amal jahat yang tidak jadi dilakukannya semata-mata kerana gerun dan takut kepada Allah. Amalan itu menarik tangan tuannya hingga terselamatlah dia daripada api neraka dan memasukkannya kedalam syurga.

Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh kedalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh kedalam kawah neraka, menyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu .

Aku juga melihat di kalangan umatku yang berdiri diatas sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh kedalam neraka, sebagaimana ketarnya orang yang sakit perut. Tiba-tiba datang amalan hatinya iaitu perasaan ‘Husnu Dzan’(sangka baik) terhadap Allah, maka husnu dzannya itu meyelamatkannya daripada terjatuh kedalam neraka serta dapat meneruskan perjalanan melalui sirat itu dengan selamat menuju ke syurga.

Aku juga melihat dikalangan umatku yang sedang mengesot dan merangkak diatas titian sirat, ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku (Rasulullah SAW) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatkanya berdiri tegak. Maka selawat itu memimpinnya terus merentasi titian sirat itu sampai ke pintu syurga.

Akhirnya aku juga melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga, malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya. Ketika itu datanglah syahadatnya yang menjadi pegangan akidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman.”

Kesimpulan:

Fuh.. penat dah tulis. Amalan biasa-biasa saja.  Semoga aku boley amal untuk dapat impak itu. Boley ke?.haha.

Kredit terus pada:

Nik Abdul Aziz Nik Mat. 2008. “ Bertemu Janji Allah (Menyingkap kisah Mashyar yang menyayat hati)”. Anbakri Publika. M/S: 177-180.

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. fzr said, on April 19, 2009 at 9:34 pm

    assalamualaikum , menuju hari hari sebagai umat islam dizaman ini penuh dengan liku dan ranjau yang amat sulit menoleh kekanan nampak huthomah melihat kekiri nampak jahim.iblis sudah mula bermaharajalela manusia iblis manusia syaitan amnat allah dipandang sepi alquran dibuat hiasan dinding .wanita dah jadi jantan yang jantan dah jadi perempuan .sana bogel sini bogel rambut berbelang belang kerana mengikut telunjuk syaitan ibu bapa disepak terajang syaitan dijulang julang nabi dah tak boleh jadi ikutan. celaka hey………kau manusia.ingatlah kiamat itu sudah terlalu hampir teruslah dengan kekafiran kamu julanglah oarang yang bogel julanglah orang yang penuh dengan kemaksiatan tinggalkanlah alim ulama kerana mereka itu kolot enjoylah sepuas puasnya kerana dikubur itu tak ada karaoke,disko,kelab malam pusat pelacuran kedai nombor jadi rugi kamu wahai manusia tak ambil kesempatan ini.

  2. fmtt said, on May 25, 2009 at 1:08 pm

    salam…

    kisah ini sangat berguna untuk umat Islam,

    apa yang diperjuangkan olah Prof Dr Muhd Kamil dalam buku Travelog Haji, Travelog Dakwah dan dalam blog nya Hidup Yang Ringkas Tapi Signifikan rasanya relaven dengan kisah diatas..

    teruskan menekan jari untuk papan kekunci


Leave a Reply