Jari & Papan Kekunci

gua, mencerita tentang rasa.

Archive for July 2008

Dari Beirut Ke Jerusalem

with one comment

Assalamualaikum

Aku bukan seorang yang ‘ekstrem ‘ membaca. Tapi sesekali kalau pg ke kedai buku aku gemar mencari buku-buku yang bercorak thriller, biografi dan catatan kisah benar. So, pendekkan cerita- aku terjumpa dengan buku bertajuk ” Dari Beirut ke Jerusalem” tulisan Dr Ang Swee Chai.

Front Cover buku nih of course nampak ‘kusam’ xceria mana pon. So, sinopsis yang aku baca kat belakang buku tuh telah menarik minat. Sebab:

Ini merupakan cerita sebenar- REALITI. Antara lain:

1) Penulis: Dr Ang Swee Chai – kelahiran Malaysia- Air Hitam, Pulau pinang. Then, study kat singapore dan sekarang jadi felo Royal College Of Surgeons, England. Non Muslim

2) Survival hidup kat palestin dari perspektif sukarelawan perubatan.

3) Peristiwa pembunuhan beramai-ramai penduduk palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila 1982… apa sebenarnya berlaku?

4) Kebangkitan rakyat palestin mempertahankan tanah air mereka yang dirampas…Camner diorang survive?

5) Keadaan jadi makin buruk tahun demi tahun. camner sukarelawan perubatan BUKAN ISLAM sendiri mempertahankan bumi palestin dari tali barut Israel.

Okey, sebenarnya aku teruja nak cerita lebih pasal buku nih. Orang bukan islam pun sanggup gadai tenaga, maruah , dan masa semata-mata nak selamatkan bumi palestin dari cengkaman Israel. Korang tau tak yg fight ngan orang palestin, yang bunuh orang palestin, yang bakar kem pelarian palestin adalah…..?(kena baca kalo nak tahu)huhu

Hehe.. nak tau lanjut kena baca la buku nih… betul jugak pendapat orang ‘Don’t Judge The Book By Its Cover” heheh~ buku ni keluar untuk memperingati 27 tahun peristiwa Sabra dan Shatila.. thriller,tragis dan menginsafkan..

Wassalam

Written by firaqness

July 27, 2008 at 8:47 pm

Posted in Uncategorized

Buang notis Windows Genuine Advantage Notification Tool

with 4 comments

Assalamualaikum

ntah mana tah aku luper..

sedut dr : Windows Genuine Advantage (WGA) notifications

Penah nampak notification dari window masa korang nak logon cam gambar kat atas? “This Copy of window is not Genuine” Sakit hati? hehe.

Entry kali nih aku nak share cara nak remove Windows notification tu dari PC korang.

Sebelum tu aku nak korang pastikan bahawa:

1) Window “Automatic Upadate” korang di OFF kan. Control Panel>Automatic Update> OFF

Pasal ape?

Sebab PC or Laptop korang tuh bukan pakai windows yang ori..pirate beb!. So jgn mengada-ngada nak turn on automatic update tuh.

Tapi bila dah terlambat nak OFF ape boleh buat ye tak? So antara langkah penyelesaian yag boleh diambil adalah:

Langkah Penyelesaian:

1) Reboot windows korang then masuk dalam SAFE MODE..(tekan f8 masa korang boot pastu akan dapat option untuk masuk safe mode)

2) Buka Registery Editor(regedit.exe) -emm..tau tak? Ala.. gi kat Run > taip regedit>click ‘ok’.

3) Pastu cari folder “wgalogon” Dengan cara browse lokasi: HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\ Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\Notify 8. Dah jumpe Delete folder ‘WgaLogon’ .

4) Pastu g kat Search taip *.wga pastu kalo dah jupe delete jugak.

5) Akhir skali korang restart PC korang secara normal.. pastu korang akan dapati window are not genuine punya notification sudah tiada…

Weh, ini adalah REALITI. bukan Magic ok. Tak caya? try la kalo berani..

P/S: Kalo tak jadi jgn cari aku wokeh(aku dah try memang jadik)…hahaha!

Info aku sedut dari:

http://blog.taragana.com

Written by firaqness

July 25, 2008 at 6:06 pm

Posted in TEKNOLOGI

Escalator dan anda

with 3 comments

Assalamualaikum

Lama dah tak menulis..pasal kadang-kadang aku rasa tak der ape pon nak deliver..

Tapi untuk entry kali ni aku nak cerita sket la pasal TANGGA LIF. Orang puteh kata escalator.. ape2 je la..

http://science.howstuffworks.com/escalator1.htm

sedut dari : http://science.howstuffworks.com/escalator1.htm

Emm ..dulu masa kecik-kecik aku memang seram nak naik tangga lif kat shoping complex, sebab penah sekali aku dah terjatuh masa naik tangga lif kat Yaohan( sekarang The Mall area PTWC tuh).. pastu terus rasa fobia pasal takut terkepit kaki masa nak naik tuh.. hahaha

Masa berlalu dan aku dah besor.. fobia tu start hilang… dan terus hilang. Sampai satu ketika aku mula berfikir camner orang buat tangga lif nih? camner dia operate? boleh pulak tak tekepit kaki orang masa naik tangga lif.. hahahaha persoalan -persoalan tu terus tersimpan tanpa jawapan….

Sekarang.. aku dah temui jawapan dia dan rasa nak share lah ape yang telah aku jumpe.

Operasi Tangga Lif

Asasnya ,tangga lif adalah sebuah rantai besar… ala macam rantai basikal tu laa….di gelungkan pada 2 pasang gear(depan n belakang). Motor elektrik yang berputar akan memusingkan rantai. Tangga lif biasanya menggunakan motor yang berkuasa 100hp untuk memusingkan gear.

http://science.howstuffworks.com/escalator1.htm

sedut dari :http://science.howstuffworks.com/escalator1.htm

So, kalo tengok gambaar escalator kat atas, motor dan rantai diletakkan bersambung ngan dua lantai(atas bawah) supaya kukuh.

Selain boleh bergerak dalam keadaan mendatar, gelung rantai bergerak dengan konsep ‘ series of step‘ maknernya tangga tu bergerak secara satu-satu la. Sebagai rantai yang bergerak, pergerakan tangga mestilah selau di pantau( ni untuk ngineer n technician )

Ape yang menarik berkenaan escalator ialah pergerakan tangga yang tersusun. Sebabnya bila tangga tu berada di atas or kat bawah seolah-olah dia macam collapse kan… tapi sebenarnya dia tak collapse pon .. kalo korang perati betul-betul, gear yang membawa tangga tu akan rotate macam biasa.. (tekan sini untuk tengok animasi) cuma kita akan lihat tangga tu jadi flat bila sampai atas /bawah..

Kelajuan

Kelajuan escalator meningkat lebih kurang 90 kaki/minit maknernya 27 – 55 meter seminit.. laju ke?

Escalator ni bagus dia adalah dia mampu tahan beban yang banyak.. berapa kilogram aku xsure…satu lagi untuk short distance memang praktikal lah…cuma yang kurang sket adalah korang kena bersabar je naik escalator ni dan cuba bertolak ansur dengan pengguna lain.hehe.

untuk info entry ini, aku rujuk http://science.howstuffworks.com/escalator1.htm.. Aku cuma membuka jalan untuk kita explore lagi…

Wokeh..Wassalam!

Written by firaqness

July 24, 2008 at 1:12 am

Posted in TEKNOLOGI

Blu-Ray Discs

with 5 comments

Assalamualaikum

Entry kali ni aku nak cerita sket pasal satu teknologi yg aku nk kata baru tak jugak, pasal dah 2 tahun aku dengar.

Sebelum tu,revise sket: boleh kata semua PC pon dah ada DVD player.. teknologi DVD ni start berkembang tak salah aku tahun ’97 lalu. DVD bole simpan memori sebanyak 4.5GB semua orang pun tau. So, setelah 10 tahun teknologi tu, menariknya ialah sampai sekarang still maintain lagi. ok, habis bab DVD.

Blu-Ray Discs

Petikan dari : howstuffworks.com

” The Blu-ray name is a combination of “blue,” for the color of the laser that is used, and “ray,” for optical ray. The “e” in “blue” was purposefully left off, according to the manufacturers, because an everyday word cannot be trademarked.”

Sekitar tahun 2005 aku ader terbaca dalam satu majalah IEEE spectrum sebut pasal Blu-ray Disc. Masa tu aku tertanya berapa la agaknya harga benda nih.. heheh. Masuk tahun 2006 Blu-ray teknologi dah masuk market dah. Semua di jual kat negara US, Japan, Uk etc.. pendek kate malaysia belom masuk lagi la.

Asasnya Blu-ray disc boleh hold and playback video dan audio yang mempunyai kuantiti definition yang tinggi (high definition-susah nak translate term IT kepada bahasa melayu, haha).

Samsung BD-P1000 Blu-ray player

Samsung BD-P1000 Blu-ray player


Realiti hari ini Blu-ray adalah disc video digital untuk masa depan. Ia boleh record, simpan, dan memainkan semula video termasuklah data komputer. So basisnya macam DVD jugak cuma kelebihan Blu ray adalah:

1) Single layer Blu-ray disc yang mana sama size macam DVD boleh simpan data korang sehingga 27 GB (Whooaa!!)

2) A Double- Layer Blu-ray disc pulak boleh simpan sebanyak 50GB- Kalo korang burn movie mau muat dalam 20 film muahahaha.

Kat bawah ni adalah perbandingan antara Blu-ray dan DVD punya capacity:

http://electronics.howstuffworks.com/blu-ray.htm

sedut dari: http://electronics.howstuffworks.com/blu-ray.htm

Company- company cam Samsung, Sony, JVC etc etc sedang membangunkan package yang lebih menarik lagi untuk kita la(user) di masa depan.

Cube usha-usha kat low yatt ke tengok mana mana blu ray disc yang korang berkenan boleh beli pasl setelah lama di luar negara di Low Yatt pon dah ada skang cuma mampu tak mampu jer nak beli isk! isk!…hehe

Nak tau lanjut pasal Blu-ray, click sini pasal aku pon refer info dari situ masa menulis entry ni.

Wassalam

Written by firaqness

July 15, 2008 at 2:58 pm

Posted in TEKNOLOGI

Pesan pada diri 1

with one comment

Assalamualaikum

Pesanan pada diri :

1) Bersyukur

Alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan lagi hidup kat atas muka bumi ni. Dalam kesempatan masa yang ada inilah aku kena banyak bersyukur kepada Allah kerana terlalu banyak nikmat yang Dia bagi. Nikmat udara, nikmat makan , nikmat hidup, nikmat akal, nikmat pancaindera, nikmat berfikir hatta nikmat mengorek tahi hidung sekali pun… haha. Jika aku nak senaraikan semua nikmat yang di beri oleh NYA, guna air tujuh lautan , kayu kayan atas muka bumi ni sebagai pena… confirm blom habis nikmat yang diberikan dapat disenaraikan…hish.. banyak …

http://i45.photobucket.com/albums/f52/abumuhd77/

Sedut dari :http://i45.photobucket.com/albums/f52/abumuhd77/

Disebabkan itu aku, jangan aku kufur nikmat .. berusaha hindari segala tipu daya, teringat aku lirik lagu satu band,

DEWA – SATU

Aku Ini Adalah DiriMu
Cinta Ini Adalah CintaMu
Aku Ini Adalah DiriMu
Jiwa Ini Adalah JiwaMu
Rindu Ini Adalah RinduMu
Darah Ini Adalah DarahMu
Tak Ada Yang Lain Selain DiriMu
Yang Selalu Ku Puja
Ku Sebut NamaMu
Disetiap Hembusan Nafasku
Kusebut NamaMu
Kusebut NamaMu
Dengan TanganMu Aku Menyentuh
Dengan KakiMu Aku Berjalan
Dengan MataMu Ku Memandang
Dengan TelingaMu Ku Mendengar
Dengan LidahMu Aku Bicara
Dengan HatiMu Aku Merasa
yeah… semua yang ada pada diri manusia adalah milik yang maha kuasa… siapa berani claim dirinya adalah hak diri sendiri?
Oleh itu layakkah mereka merosakkan diri dengan dadah, bunuh diri, lumba haram etc etc?

Written by firaqness

July 13, 2008 at 5:49 pm

Posted in KEHIDUPAN

Memerang

leave a comment »

Assalamualaikum

Kenal memerang?

flickr.com/photos/faizalomar/2165335880/

Sedut dr : flickr.com/photos/faizalomar/2165335880/

Memerang adalah seekor binatang berkaki empat, dan boleh berenang-renang di dalam air. Walaupun ia suka kepada air, memerang juga boleh berlari-lari di atas darat. haha..

Ada perkara yang menarik minat aku pasal memerang ni walaupon ia adalah seekor binatang. Aku rasa tak ramai pun perasan dan ramai pun tak tahu yang memerang merupakan pembina mini empangan yang BAIK! whooaa!

Kenapa tak percaya? rujuk link : http://www.harunyahya.com/malaysian/memerang2.php

Hebatkan Allah…?

Written by firaqness

July 8, 2008 at 3:53 pm

Posted in FAUNA

Tagged with

Air dan Elektik

leave a comment »

Assalamualaikum

Terkenang masa kecil dahulu ibubapa kita selalu ingatkan kita untuk sentiasa tutup suis lampu apabila kuar dari bilik. Budak kecil pon tahu reason why… berjimat.

http://www.square-mag.co.uk/wp-content/uploads/2007/07/die_electric1.jpg

grab dari: http://www.square-mag.co.uk

Aku pegi pada perkara asas, teori menyatakan air diperlukan untuk memutarkan turbin kat stesen janakuasa elektrik seterusnya generator akan berfungsi dan tenaga elektrik akan di hantar ke pencawang melalui talian penghantaran. ok semua orang pun tau..

Tapi tahu tak kita berapa banyak jumlah air yang diperlukan untuk menjana tenaga elektrik nih..? Kita pon tahu selain dari hidro, kita ada stesen janakuasa arang batu, geothermal, fosil, nuklear dan sebagainya.

http://i41.photobucket.com/albums/e260/tentacools2/P1161366.jpg

http://i41.photobucket.com/albums/e260/tentacools2

Satu kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Virginia Water Resources Research Center, 260L air diperlukan untuk menjana 1000KWh (Stesen janakuasa hidro). Maksudnya dalam sejam setiap 1000KW tenaga elektrik yang dihasilkan, air sebanyak 260L telah digunakan. Untuk stesen jana kuasa lain aku attach satu table senang untuk tengok:

http://spectrum.ieee.org/apr08/6182

Grab dari :http://spectrum.ieee.org/apr08/6182

Senang saja tengok table tu aku rasa semua orang boleh faham dan jangan jadi SLOW. KWh = KiloWattHour.

KESIMPULAN

Kalau difikirkan banyak betul amount air yang digunakan diseluruh dunia hari ini. Sebelum ni tak penah la pulak terfikir pasal benda-benda ni. elektrik dah jadi macam keperluan asas. Kalau tenaga elektrik ni terputus la dalam 1/2 jam kat bandar-bandar besar kat Jepun, US , UK.. backup system pon takda(konon2 la) … banyak betul kerugian yang diorang terpaksa tanggung, huru hara jadinya.. Bertuah betul bumi mempunyai sumber air yang banyak dan tak pernah-pernah putus.

Hebatkan ALLAH S.W.T…

Written by firaqness

July 6, 2008 at 11:14 am

Posted in TEKNOLOGI

Manusia Lupa

with 2 comments

Assalamualaikum

Manusia lupa.. “Manusia ” tu refer pada diri aku sendiri sebenarnya, bukan orang lain. Tu pun sebab aku ni spesis makhluk yang jenisnya adalah “manusia” . Kalau siapa rasa dia adalah sejenis manusia  kira sama  jugaklah kita. Tajuk 2nd entry ni common, dah biasa pun dengar, tengok, tulis , baca lagu pon ada tajuk tu(Akbar ft Tukang Kata) , kat mana-mana .. haha . So buat haper tulis lagi pasal tajuk ni?

Sebabnya ‘manusia’ lupa sokmo.

Cerita

Nak dengar cerita?

Satu petang yang damai , seorang mamat nih pegi la melawat adiknya yang duduk di asrama sebuah sekolah menengah area sebuah negeri bernama InderaPura (haha cerita dongeng nih). Setelah sampai di perkarangan sekolah, si abang memakir kereta dan keluar dengan berselipar jepun, selaur jeans Levi’s Siam dan memakai baju jersi jerman ‘Siam’ jugak(semangat euro konon) menuju ke pondok pakguard . Sampai jer kat pondok pak guard asrama sekolah tu si abang nih takdi mintak la sang pakguard yang gagah berani ni panggilkan si adik . Selang dalam tak sampai separuh rokok pakguard tu hisap ( hish.. pencemaran betul) datang lah si adik ni tadi kepada abangnya. Si abang ajak si adik ni tadi masuk dalam kereta pasal senang nak borak2, lepak2, sambil si abang menanggalkan selipar jepun nya di atas tanah, kaki di sila atas seat driver dan adiknya tempat duduk disebelah. Lepas salam ngan si adik, tanya kabo secara detail pastu hidang lah si abang ni kepada adiknya beberapa jenis kueh muih berserta ngan char kueh teow yang sempat di’tapau’ kat satu warung onway ke asrama adiknya tadi. Sebelum tu adik si abang ni adalah seorang pelajar lelaki ye… teruskan cerita… lepas sejam pastu si abang ni minta diri lah untuk pulang ke kampung halaman kerana hari semakin gelap. Sebelum beredar sempat la si abang ni bagi se’das’ dua nasihat sebagai motivasi untuk memantapkan lagi mutu pembelajaran si adik. Tidak lupa si abang menyalurkan dana berupa deposit tunai untuk belanja si adik. Lepas salam semua, si abang ni terus tutup pintu kereta, start engine terus tekan pedal minyak celapak terus ke kampung tapi si abang rasa perasaan dia lain macam kali ni. Puas si abang fikir apa yang tak kena? Doa dah baca, break signal semua ok, ish… sementara itu pilu rasa hati si adik kerana si adik rapat dengan abangnya. Boleh kata semua masalah diorang kongsi bersama. Hati si adik tidak keruan kenapa tiba-tiba timbul persoalan di hati dapatkah aku bersua dengan abangku semula? Adakah ini pertemuan terakhir? kenapa tiba-tiba abang ke asrama tanpa beritahu awal-awal? Oh Tuhan lindungilah keselamatan abangku…bisik si adik. Namun tak sampai 20 Kilometer si abang rasa cam memang ada sesuatu yang janggal dan perasaan itu semakin kuat. Sambil memandu si abang tunduk melihat ke arah pedal minyak, sementara ada sebuah lori tangki Petronas yang dipandu laju dari arah bertentangan . Si abang terkejut dan menjerit apabila melihat kebawah. Tersedar dan menepuk dahi dan mengutuk diri sendiri tatkala mengenangkan kealpaannya tadi kerana terlupakan sesuatu……. ……… ……. Patutla rasa lain macam dari takdi.. selipar jepun aku tertinggal la pulok atas tanah kat asrama adik aku tadi.. hampeh betul!!! bebel si abang…

-Habih cerita-

Moral : Dah tau diri tu pelupa, letak la selipar tu kat tempat letak kaki kereta, ko letak kat tanah tu buat kejadah ape?

Selipar jepun

Selipar jepun

Soalan & Jawapan( tiada kena mengena dengan cerita diatas tp masih skop yang sama):

a) Pernah korang masa dah sampai petrol station baru perasan korang selamba badak tak bawa duit untuk isi minyak motor@ keta?

Jawapan : Penah.. sekali dua

b) Pernah korang ter’lock’ tombol pintu rumah dari luar pastu baru perasan korang tak bawa kunci?

Jawapan : Pernah la jugak…

c) Pernah korang cari pen korang kat merata tempat bagai nak sakit hati .. pastu baru perasan pen tadi ada kat kat celah telinga korang?

Jawapan : Ye.. ye.. selalu.

d) Pernah korang tercari-cari mana henset aku letak ni? tadi rasa ada kat sini.. hish!

Jawapan : heheh ada.

e) Penah korang sampai surau@masjid pastu baru perasaan tak bawak kopiah la pulak aku…?

Jawapan : Muahaha penah juga.

e) Pernah tak korang ‘perasan’ rupa-rupanya korang tak solat lagi padahal waktu solat tersebut dah ‘expired’?

Jawapan : er.. er… ye nak solat la ni( kronik nih!!)

f) Pernah korang ingat mati?

Jawapan : erk!(terkedu)

Petua kuatkan ingatan

Petua ni aku grab bulat-bulat dari fireroll.blogspot :

a) Elakkan makan organ-organ dalaman haiwan seperti limpa, hempedal, paru-paru, hati dan jantung.

b) Elakkan makan kepala ikan. Kalau nak makan juga boleh tapi kena baca doa untuk menghindari mundarat.

c) Elakkan minum waktu tengah makan.

d) Kalau orang kencing berdiri, mudah untuk jadi pelupa.

e) Elakkan meminum atau makan makanan yang ada kuah yang tercemar dengan semut.

Satu lagi nasihat aku untuk diriku yang daif hina pulak tu: Jangan tengok benda-benda haram especially aurat laki laki n perempuan!!.

Dengar hadith nabi selalu : hati jadi bersih.(korang rujuk ustaz yang mursyid la)

Sama-sama kita amalkan wokeh.. pasal aku pon tak dapat amal semua lagi doa banyak-banyak…

Kesimpulan:

Lupa dan tak ingat tu sama jer sifat dia, so manusia memang fitrahnya begitu. Walaupun tak dapat 100% perfect, at least dengan amalan dan panduan yang diperolehi dapat meminimumkan perkara-perkara yang tak sepatutnya kita lupa.Tak gitu?

P/s : mari tangguhkan bacaan ni dengan tasbih kifarah

Written by firaqness

July 5, 2008 at 10:00 pm

Posted in KEHIDUPAN

Tagged with

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.