-
Berada di zon selesa kadang-kadang membuatkan ramai orang selalu terlupa. terlupa tentang tanggungjawab contohnya. kepada tuhan, sesama manusia, juga binatang. jadi bagaimana kau mahu bermalas-malas lagi sedangkan isyarat bermacam telah ditunjuk? apa lagi alasan untuk kau tak tinggalkan perkara nonsense yang seakan menjadi tabiat?
sudah-sudahlah.
mari bangkit.
masa tidak menunggu kamu.
walau sesaat.
Beraya? Layan.
Puasa sebulan, 1 Syawal dah lepas…
Raya: time off?

Oh… tidak.
Termasuk hari ini, sudah hampir setengah bulan Syawal kita tempuhi. Jika di awal fasa bulan ini, ramai antara kita raikan dengan keluarga terdekat, juga dengan rakan-rakan semasa kecil dikampung. Dapat jugak lah tengok kejayaan rakan-rakan dalam erti kata berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kerjaya juga dalam mendirikan rumah tangga. Di umur seperti aku ini jika mau compare sama member-member kampung aku dulu kira secara standardnya dan sepatunya sudah ada lebih kurang dua orang anak lah. ;-p
Sehingga entry ini di tulis, Syawal sudah pun berada dipenghujung fasa kedua. Malah difasa kedua ini sudah ada banyak undangan dari rakan-rakan. Undangan rumah terbuka.
Woo. Bila bercakap pasal open house ini aku punyai beberepa pengalaman berbeza. Uff. Berbeza maksud aku mengikut negeri dan tempat.
Raub, Pahang.
Aku duduk di pahang hampir 22 tahun. Jadi secara automatik suasana raya di sini secara peribadinya aku rasakan biasa-biasa saja. Just ada rumah terbuka sepanjang syawal dan masakannya pulak standard raya macam lemang ketupat nasi impit rendang dan sebagainya.
Shah Alam, Selangor.
Lepas SPM aku mula sambung belajar kat Shah Alam. Okeh. kat Shah Alam ini aku duduk 6 tahun. Di sini, hari raya macam best sikit sebab time bulan raya akan ada a lot of open house yang dem grand. Sebab, kat area Shah Alam ramai orang kaya. Jadi student seperti aku yang sentiasa dihimpit kelaparan sepanjang semester ini akan berusaha membolehkan diri untuk melibatkan diri dalam acara open house ini. Jadi bila dah pegi open house menteri besar, setiausaha kerajaan negeri, dato’ -dato’ adalah perkara biasa menjamu kambing bakar, sate, chiken chop, lamb chop dan seangkatan dengannya. Haha. Best nya time jadi student… haih!
Di Shah Alam sebenarnya time bulan Puasa lagi meriah dengan makanan aku rasa. Sebab bukan setakat masjid yang buat majlis berbuka. Surau-surau di kebanyakkan seksyen pon turut sama buat. Area umah orang kaya di Shah Alam adalah seperti di Syeksyen 7, Syeksyen 8, Syeksyen 9 dan 11. Jadi yang paling mantap Syeksyen 9. Jadi kalo sebulan tak kuar duit untuk beli lauk berbuka adalah perkara biasa bagi student seperti aku ini. Haha.
Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Okeh. aku duduk Johor dalam 1.5 tahun. time tu still sambung belajar jugak lepas 6 tahun di Shah Alam. Belajar secara free ada orang sponsor sape taknak ye tak? Haha.
Legasi kelaparan sebagai student masih kuat terbawak-bawak sampai kat sini. Jadi bulan raya di Johor ini aku bole simpolkan sebagai cara yang paling terbaik aku penah lihat sepanjang tempoh hayat aku. Sebab kat Johor ini, time raya diorang akan ada acara Baraan (nope sure betul ke ejaan aku).
Okeh. Baraan ini adalah acara dimana semua orang yang dalam kampung itu akan pergi ziarah kerumah-rumah dalam kampung tersebut dan akan melaungkan selawat keatas Nabi di setiap rumah yang dilawati. Diorang kata Marhaban. Aku layankan saja. Selepas selawat dalam 5 minit, tuan rumah biasanya akan menjamukan geng baraan ini dengan makanan. Makanan ini depend on tuan rumah. Selepas makan lebih kurang, ketua rombongan Baraan ini akan minta izin untuk beredar dan menuju ke rumah yang lain. Sehingga lah habis rumah satu kampung di ziarah. Masa untuk habiskan kesemua rumah mengambil masa lebih seminggu. Jadi tiap-tiap malam akan ada makan free.. aku suka!.
Dengan ada acara Baraan di Johor ini aku dapat rasakan ikatan silatulrahim antara penduduk kampung dapat di eratkan. Seriyes aku cakap. Paling berkesan. Ye lah. time raya ni saja kita ada peluang untuk ziarah jiran n rakan-rakan kita. Feel dia lain dari bulan-bulan yang lain.
Bahagian utara Malaysia(Penang, Kedah , Perlis).
Pengalaman Beraya di bahagian utara Malaysia ini biasa-biasa saja. Open house sana sini. Makanan banyak. Cuma di bahagian utara ini ketupat yang disediakan adalah ketupat Palas. Peh. sedap beb. Antara lain yang common dibuat masa raya di bahagian utara adalah laksa. mesti ada.
Sabak Bernam, Selangor.
Sehingga entry ni dutulis, aku baru je stay kat Sabak Bernam nih 6 bulan. Cerita raya disini adalah lebih kurang sama macam kat Johor. Satu perkara yang aku perasan adalah sebab orang Jawa. Hehe. Masa kat Batu Pahat dulu, ramai orang jawa. Jadi kat Sabak Bernam pun sama. Memang budaya orang Jawa kot pegi Baraan. Tak kesah lah. aku layan saja makan free beb.
Thus,
Pelbagai cara aidilfitri disambut. ketika kita bergembira, ramai lagi yang menderita, lihat saja yang terjadi di kepulauan Samoa Amerika(Tsunami), Padang, Indonesia (Gempa Bumi 7.9 skala ritcher), Taufan Ketsana dan sebagainya.
Jadi disamping bergembira mari bersama menjaga tingkah laku supaya tidak melanggar syariat yang ditetapkan. Aku pesan pada diri aku sendiri terutamanya, untuk mengambil berkat Ramadhan dan Syawal ini sebagai momentum untuk perbaiki diri menjadi yang lebih baik. Haha.
firaqness 14 Syawal 1430H.Semoga bertemu lagi Ramadhan tahun depan.
Salam idulfitri.
Sekarang ini aku terasa masa berlalu begitu pantas. Ramadhan yang sudah hampir ke penghujungnya dirasakan terlalu pantas. Suasana Ramadhan tahun ini berbeza dengan tahun lepas. Ye lah. Tahun lepas masih menjadi full time student. Banyaknya free time masa jadi student. Boleh buat apa saja. Best! Best!….
Masa berlalu. Manusia berubah. Bila dah abis study, (konvo xpg) dapat kerja. Belum pun sampai setahun. Suasana sangat berbeza, secara total. Kalau tahun lepas aku tidak lepas peluang untuk wish “Selamat Hari Raya” pada pensyarah, tahun ini giliran anak-anak murid aku pulak yang wish kat aku. Ada yang salam dan cium tangan bagai. Rasa memang macam best. Tapi bukan itu sebenar yang aku harapkan. Hehe.
Aku harapkan mungkin sedikit ilmu yang aku dapat kongsikan dengan students di institusi ini dapat mereka gunapakai untuk kehidupan mereka serta memberi manafaat untuk orang lain jugak. Aku percaya bukan 100% students dapat terima cara aku, tapi aku akan cuba yang terbaik untuk kongsikan ilmu yang masih sedikit dikendong ini untuk mereka.
Sehingga tiba lebaran ini, lama sudah aku rasa x jumpa Uwan, Pakngah, Makngah, auntie, Pakteh, Paktam, Pakcik dan Maksu. Tak lupa jugak untuk ziarah Mak Lang. Uff. Uwan misscall subuh tadi. Mau ingatkan bila mau sampai lah tu. Abah juga sudah sound direct pagi tadi tanya kenapa balik lambat. ishh. Tunggu Sabtu baru balek. Hehe.
Salam idulfitri. Semoga berjumpa lagi Ramadhan untuk tahun depan. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Haih.
firaqness. Ramadhan,28 1430 PSIS @ Sabak BernamMimpi
[Rekaan /Eksperimentasi]
Sudah berkali aku mimpi pasal dia. Di dunia nyata hanya 2 kali aku bertegur sama dia. Aku tidak sangat kenali dia. Dalam bukumuka mungkin. Tapi aku hanya membaca tulisan di dinding bukumukanya saja.
Petang ini aku tidur. Orang tua kata tidur diwaktu petang tidak bagus. Tidur pada petang ini membawa aku bertemu dia, dialam mimpi. Aku tanya dia. ” Buku ini kamu yang tulis?” Dia hanya anggukkan kepala.
“Jadi xxxxx ini penerbitnya?” tanya aku lagi. Dia kata “Berapa lama kau dah kerja?”.
………
………
Aku senyum. Senyum dengan persoalan yang masih banyak belum terungkai.
Tentang dia.
********************************************************************************************************
firaqness. Nuzul AlQuran .Satu Anugerah.
Tulis
(Cerita Rekaan)
Tulis lagi.
Tapi kali ini kena waspada. Elektrik selalu terputus. Hampir 3 perenggan isinya hilang begitu sahaja tanpa menekan butang “save”. Hilang semangat. Idea juga.
Jadi, butang save di dokumen mesti ditekan. Walaupun makan sayur bayam dan kobis separa lahap setiap hari, itu tidak menjanjikan apa-apa jika masih lupa menekan butang save.
Memang selalu begitu. Kadang-kadang berjela sudah menulis, internet pulak tidak available. Natijah yang sama, semua data hilang.
Uff.Penat.
Sudah fed up, mula mencari alternatif. Maka diselongkar almari lama. Terjumpa mesin taip lama. Berusia. Dia masih ingat atuknya selalu guna mesin itu. Rindu dengan bunyi mesin taip itu. Semangat menulis kembali menyala. Cuma tidak terlalu terang,seperti mula-mula tadi.
Baru hendak menulis baru teringat, kertas putih A4 70gram belum di setting. Cari kertas dulu dan setting. Ok, siap.
Jari jemari mula menekan papan kekunci. Tapi kertas masih kosong. Berfikir. Kenapa?
Aiseh. Mesin taip ni takda karbon. patut la kosong je bila ditaip. Menepuk dahi. Semangat hilang lagi. Ditambah elektrik pula terputus. Ceh!
Hmmm. esok masih ada, fikirnya. Mungkin untuk mengulang aktiviti semacam tadi atau dia perlukan dimensi baru untuk bertenang. Dia juga tidak pasti.
Negara sudah merdeka, kita bila lagi?
Hampir 10 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Bermakna sudah 10 tahun jugak aku sudah tinggalkan subjek sejarah. Lupa sudah cerita Sang Parameswara, Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Penaklukkan Portugis yang beratus tahun memamah hasil di tanah ini. Zaman penjajahan Jepun, British dan perjuangan menentang Malayan Union. Beratus sudah pejuang tanah air ini mati. Dahulunya dituduh pemberontak. Hari ini digelar Pahlawan. Perjuangan mereka bukan sekadar membebaskan tanah air. Lebih dari itu adalah untuk agama dan bangsa. Kemerdekaan ini tidak ternilai harganya.
Pra Merdeka
Aspirasi kemerdekaan dulunya sebelum 1948 lagi telah dilaungkan Burhanuddin Al Helmy. Anak melayu ini bertubuh kecil. Tetapi berjiwa merdeka. Kata-kata azimat dari Burhanuddin Al Helmy :
“……..Diatas robohan Kota Melaka kita dirikan jiwa Merdeka……..”
Kata-kata itu yang menjadi pembakar semangat mereka-mereka yang seangkatan dengan beliau pada masa itu. Mereka tidak tunduk kepada penjajah. Mereka di pulau. Tidak ramai yang berani bersuara kecuali nama ini. Kini jasad mereka telah tiada namun semangat mereka membakar jiwa. Aku juga mungkin tidak mempunyai semangat seperti mereka.
Pasca Kemerdekaan
Hari Merdeka disambut setiap tahun dengan pelbagai acara. Adakah dengan hanya memasang bendera disana sini menunjukkan semangat cintakan negara? Adakah dengan berarak di Dataran Merdeka juga menjadi indicator kepada semngat cintakan tanah air?
52 tahun kita claim negara kita merdeka, tanpa sedar ramai lupa untuk menghargainya. Apalah erti kemerdekaan jika ramai lagi remaja kita terlibat dengan cannabis, syabu, ketamin, ats etc etc. Apalah juga erti kemerdekaan jika bertambah ramai remaja Melayu lelaki dan perempuan jamu arak macam minum air suam? Apalah erti kemerdekaan jika sosial kita makin buruk?
Jadi aku dan semua kamu perlu sedar tentang nikmat kemerdekaan yang Allah bagi ini bukan untuk di suka ria tanpa syukur. Semua kena saling ingat mengingati setiap masa, setiap keadaan. Kita punyai agama, kita punyai maruah, kita punyai tanggungjawab besar untuk dilaksanakan, di bumi bertuah ini medannya. Di ’sana’ esok kita tuai hasilnya.
2,3 hari hibernate
Salam.
Kadang-kadang bila jatuh sakit, demam contohnya, memberikan diri seseorang itu peluang untuk berfikir. Maksud aku dengan lebih tepat lagi adalah muhasabah diri. Jadi masa demam itulah ramai yang dapat imbas kembali perkara yang telah dilakukan. Tak kiralah elok mana atau huduh mana perbuatan yang telah dilakukan, masa jatuh sakit inilah sebenarnya jadi medan untuk menilai balik setiap perbuatan.
Mungkin bagi sesetengah orang sakit itu merupakan beban atau sesuatu yang menghalang dari melakukan aktiviti yang biasa dibuat. Ada rakan bagitau aku ada dua perkara yang biasanya kita tak sedar tuhan nak hapuskan dosa kecil kita iaitu hilang barang dan demam. Ermm, letak tepi jap kesahihannya. Disudut positifnya pendapat ini memang ada logiknya. Bila sesuatu itu hilang baru aku perasan peri pentingnya ia. Bila ada depan mata, pandang pun tak mahu?. Haha. Tentang demam itu logiknya bila sakit maka baru ingat kat tuhan. Baru sedar nikmatnya sehat.
Jadi, sakit atau demam itu sebenarnya satu nikmat. Ye, nikmat untuk kita nilaikan perbuatan lalu, perbetulkan selagi ada masa. Sehat juga nikmat untuk melakukan perkara yang baik. Di tempat aku kerja ini hampir seminggu sudah ditutup. Juga kerana tentang sakit dan demam. Esok akan mula balik sesi PnP. Harap semua akan okeh walau terpaksa pakai mask yang agak lemas bila dipakai.
Pada rakan yang dah terkena virus demam aku, aku mintak ampun bro. Tak sengaja mau transferkan virus. Cuma virus itu agak nakal kerana suka bagi orang rasa tak best 2,3 hari.. Mari berhibernate. Demam apa lagi, banyak tidor la. Haha.
Broadband over Power Lines
Assalamualaikum.
Internet bagi aku sudah semacam menjadi satu keperluan baru dalam hidup. Seperti yang pernah aku ceritakan di entry terdahulu walau ceruk mana pun, dengan internet, semua informasi dunia, cabangan ilmu dapat diteroka tanpa masalah. Cuma maklumat yang ada atau konten informasi dari internet memerlukan kebijaksanaan pengguna untuk menyaringnya. Saringan informasi ini perlu kerana bukan semua informasi yang diperolehi dari internet adalah tepat. Jadi sebagai pengguna bijak, anda jangan jadi orang bodoh. Orang bodoh yang aku maksudkan adalah seorang yang tidak mampu untuk membuat keputusan dan sentiasa bergantung dan berharap kepada orang lain yang akhirnya merugikan diri sendiri. itu bodoh bagi aku. Hah, kan dah menyimpang sedikit dari tajuk asal.
Ok, talian internet biasanya berkongsi talian dengan talian telefon. Ketepi dulu bab ‘broadband‘ atau ‘wireless’. Ini aku bincangkan secara asas dahulu. Jadi secara automatiknya talian internet itu tidak menggunakan talian yang sama dengan talian elektrik tiga fasa, 230V,50Hz dirumah anda. Talian telefon dan internet menggunakan talian data komunikasi sendiri. Kalau di Malaysia ini, TM.
Setujukan?.
Baik.
……..
……..
Pernahkan terbayang dibenak fikiran, suatu hari nanti semua kita boleh mengakses internet dengan hanya menggunakan talian elektrik tiga fasa 230V,50Hz dirumah? . Maksudnya di plug tiga pin sudah tersedianya satu ‘port’ untuk internet. Arghh.. sukar benar aku mahu terjemahkan dalam bentuk tulisan. Tengok gambar di bawah ini:
Jadi, teknologi ini secara teknikalnya dinamakan sebagai “Broadband over Power Lines” (BPL). Di United State, teknologi ini nampaknya hampir menjadi kenyataan. BPL menggunakan frekuensi radio untuk ‘impose’ isyarat data yang berkelajuan tinggi sehingga ke paras 60Hz di talian elektrik. Maknanya, data dalam bentuk logik 1/0 akan ditukarkan dalam bentuk voltage transients sebagai alternatif untuk penghantaran data.
Mungkin dengan teknologi seperti ini, kita mampu untuk mengatasi masalah “server down” atau masalah sekejap disconnect sekejap tidak. Seperti yang kita tahu , talian elektrik pun sebernarnya tidaklah stabil 100%. Maksudnya confirm ada ripple. Untuk menstabilkan voltan sebanyak 230v setiap masa, sehingga kini kajian keatasnya masih lagi dijalankan. Jangan ingat talian elektrik dirumah anda adalah stabil 230 v setiap masa. Voltage stability masih lagi menjadi isu dan giat dikaji oleh mereka-mereka yang ahlinya.
Itu perkembangan teknologi yang berlaku di US. Di sebahagian negara Eropah aku dapat maklumat telah pun dilaksanakan. dah lama pun. Jadi realiti di Malaysia ini, teknologi seperti ini mungkin hanya menjadi kenyataan 20 tahun akan datang. 20 tahun itu aku yang pandai-pandai bagi tanpa sebarang rujukan. haha.
Walau apa pun, dengan kajian yang giat dijalankan di Malaysia tidak mustahil kita mampu menghasilkannya dalam masa yang terdekat. Institusi pendidikan yang menjadi tempat yang paling sesuai untuk menjalankan kajian-kajian ilmiah ini. Para pensyarah perlu fikirkan ini dan libatkan pelajar supaya perkembangan teknologi akan menjadi nyata. Jangan hanya datang kerja pastu lebih banyak borak pasal fesyen, gossip orang tu orang ni, dan entah apa-apa lagi. Lagi best ramainya yang perasan pandai tapi sebenarnya sangat dem shit dan tidak mahu pada perubahan. Haha.
Mungkin maklumat yang aku sampaikan pasal Broadband over Powerlines ada khilaf. Jadi aku sarankan agar rujuk link ini: ieee spectrum.
Wassalam.
SabtuDay. di Sabak Bernam. Sangat ganjil.
Tapi damai.
aku dan kamu adalah “askar”.
Salam.
Aku maksudkan “askar” kerana semua kita, hidup demi sebuah perjuangan di medan tempur penuh dugaan untuk menghadapi hari “esok”. Umpama askar yang berjuang di medan tempur demi sebuah misi. Hidup atau mati dalam pengetahuan Yang Esa.
Wani Ardy – Askar
Jantungku kekeringan alasan untuk berdegup.
Dan jiwaku terkorban di medan perjuangan, penantian, impian.
Harapan itu senjata yang paling merbahaya buat sekalian umat manusia.
Seperti jarum beracun yang membunuh senyap.
Seperti segudang dadah yang merosak.
Sembunyi darah ini di balik seribu perisai besi.
Apa yang dipandang tinggi bila jarum yang mengakhiri.
Aku mayat askar yang berpura-pura seolah ia berjalan tegap.
Tak ku benar jasad rompongnya berehat satu saat pun.
Untuk mengingatkan bahawa ia telah mati.
Tolong jangan diujar lagi, aku tak mahu mati berkali.
Esok aku kan tiba di lapangan terbang dan menghilang.
Harapan itu senjata yang paling merbahaya buat sekalian umat manusia.
Seperti jarum beracun yang membunuh senyap.
Seperti segudang dadah yang merosak.
Sembunyi luka ini di balik seribu perisai besi.
Apa yang hendak dipuji bila jarum yang mengakhiri.
Aku mayat askar yang berpura-pura seolah ia bernafas lancar.
Tak ku benar jasad rompongnya berehat satu saat pun.
Untuk mengingatkan bahawa ia telah mati.





